Jangan teruskan March of the Flag, Hamas beri amaran kepada Israel
Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) memberi amaran kepada rejim negara haram Israel supaya tidak meneruskan perarakan ‘March of the Flags’, di Kota Lama Baitulmaqdis.
Dalam satu kenyataan, Hamas berkata, perarakan bendera Israel itu dilakukan bagi memecah belahkan Masjid Al-Aqsa, yang juga sebahagian daripada rancangan rejim pengganas Zionis dengan sokongan Amerika Syarikat (AS).
Pergerakan Islam itu berkata, Israel bertanggungjawab sepenuhnya atas kekejaman di Masjid Al-Aqsa dan Baitulmaqdis.
Hamas turut meminta rakyat Palestin di Baitulmaqdis untuk menentang rejim penjajah Israel melalui pelbagai cara.
Kenyataan itu turut menuntut Pihak Berkuasa Palestin (PA) supaya menghentikan koordinasi keselamatan dengan Israel.
Malah, Hamas turut menyeru Raja, Parlimen dan pemerintah serta kapitalis-kapitalis di Jordan supaya bekerjasama dalam menjaga tempat-tempat suci di Baitulmaqdis terutamanya Masjid Al-Aqsa selain menggesa Israel menghentikan penindasannya.
Perarakan March of the Flags menyaksikan pelampau Yahudi membanjiri kawasan-kawasan umat Islam bagi meraikan gelombang kedua pembersihan etnik oleh rejim pengganas Zionis pada 1967.
Peserta perarakan itu menyanyikan lagu kematian kepada orang Arab, lagu-lagu rasis yang menyinggung perasaan sambil mengibarkan bendera Israel. -Agensi
Jangan teruskan March of the Flag, Hamas beri amaran kepada Israel
- Kerajaan PN Masih Gagal ‘Bangkrapkan’ Saya – Najib Razak
- Kerajaan Perak bagi telefon pintar percuma buat pelajar
- Resepi filet ikan bakar dengan sos tomato dan parmesan
- Resepi Ayam Goreng Masak Halia
- Nora Soto Padat Terbaik Di Lembah Kelang
- Kemunculan durian Tupai King
Layari Laman Facebook MYKMU NET