Guru positif Covid-19 boleh tuntut RM300

Guru positif Covid-19 boleh tuntut RM300

Guru positif Covid-19 boleh tuntut RM300

PETALING JAYA: Guru yang merupakan ahli Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) boleh menuntut sehingga RM300 jika disahkan positif Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Munadi Wan Mamat, berkata manfaat baharu itu diperkenalkan YGMB susulan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara awal tahun lalu.

Katanya, ada dalam kalangan ahli yang masih belum mengetahui inisiatif baharu ini, walaupun manfaat terbaharu diwujudkan YGMB boleh dituntut sejak Jun tahun lalu.

“YGMB berharap manfaat baharu ini dapat meringankan beban ahli yang terkesan dengan pandemik Covid-19,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Wan Munadi berkata, semua kategori ahli YGMB membabitkan ahli seumur hidup, ahli skim 16, ahli skim 18 dan terbaharu skim emas layak membuat tuntutan sekiranya disahkan positif Covid-19.

Katanya, atas faktor peningkatan kes harian Covid-19 ketika ini, YGMB juga menerima banyak tuntutan daripada ahli yang disahkan positif wabak itu. FMT

Guru positif Covid-19 boleh tuntut RM300


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Guru sains tipu pelaburan emas RM284,200 didakwa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker