ALYAH : ANAK SAUDARA ‘DITIDURKAN’ – AKIBAT COVID-19 [VIDEO]
ALYAH : ANAK SAUDARA ‘DITIDURKAN’ – AKIBAT COVID-19
“Assalammualaikum semua. Mohon doakan Anak sedara saya @nazirah_aziz93 kembali sihat semula. Dia dah ditidurkan kerana sukar bernafas kerana positive Covid-19 dan seluruh keluarganya sudah terkena positive Covid-19.
“Dikenal pasti dijangkiti dari kilang tempat mereka menjual makanan di kafe kilang tersebut di gelang patah dan kilang terbabit masih beroperasi… Adakala duit mampu mengaburi mata tapi saya mohon renung-renungkan mampu kah duit mengembalikan nyawa???
“Mungkin kematian atau yang sakit itu bukan dari kalangan keluarga pihak pihak yang harus mengambil tindakan. Tapi hilangkah rasa kemanusian kerana wang ringgit??” demikian tulis penyanyi Alyah yang memohon orang ramai mendoakan anak saudaranya, Siti Nazirah Aziz yang ‘ditidurkan’ kerana kesukaran bernafas akibat Covid-19 kembali sembuh.
Alyah berkongsi keadaan anak saudaranya menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya. Dalam entri tersebut, Alyah turut berkata seluruh ahli keluarga anak saudaranya juga positif Covid-19.
Jelas Alyah lagi, punca jangkitan adalah berpunca daripada sebuah kilang di Gelang Patah, tempat Siti Nazirah dan keluarganya berniaga makanan.
Melihat pada ruangan InstaStory, Alyah telah memuat naik beberapa hantaran kakaknya yang dipanggil Kak Chik juga telah dibawa ke hospital untuk rawatan. Selain itu, Alyah turut berkongsi tangkapan skrin perbualan terakhirnya bersama Siti Nazirah sebelum anak saudaran kesayangannya itu ‘ditidurkan’.
“CT cik Jah tahu kau dah ditidurkan. Cik Jah tahu kau kuat. kau kan macam singa Cik Ana. Bangun semula ya Ti, Cik Jah tunggu kau bangun,” tulisnya.
Sementara itu di bahagian komen pula, pengikut Alyah mendoakan agar keluarga Siti Nazirah tabah berdepan dugaan ini dan mendoakan kesembuhan buatnya.
ALYAH : ANAK SAUDARA ‘DITIDURKAN’ – AKIBAT COVID-19 02
Baca Artikel Menarik :
- Punca Lelaki Sembunyi Di Bawah Gaun Pengantin Perempuan [VIDEO]
- Tiada ruang kerjasama dengan Najib, Mahathir ulangi pendirian
- Doktor pelatih lakukan seks dan cabul pesakit didakwa
- ‘Saya Nak Cuba Berkhidmat, Bukan Nak Jadi Pembesar Negara’ – Mahathir
- “Dulu Check Boarding Pass, Sekarang Check MySejahtera” [VIDEO]
- Resepi Kuih Jongkong Perak
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.