Warganet kecam pelan ‘tak realistik’ kerajaan

Warganet kecam pelan ‘tak realistik’ kerajaan

Warganet kecam pelan ‘tak realistik’ kerajaan

Warganet tidak begitu ghairah dengan Pelan Pemulihan Negara oleh kerajaan dan penanda aras yang diperlukan untuk beralih ke setiap fasa, apabila tanda pagar #KerajaanBodoh sekali lagi “trending” di media sosial.

Dalam ucapan disiarkan di televisyen petang tadi, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggariskan proses empat fasa yang diharapkan akan selesai pada akhir tahun ini, dengan sasaran negara kembali semula kepada norma kehidupan seharian.

Pengguna media sosial mempersoalkan penanda aras 4,000 kes yang akan dimulakan pada awal Fasa 2, menyifatkan ia masih terlalu tinggi untuk mula melonggarkan perintah sekatan.

“Di manakah sains yang mengatakan 4k adalah tahap yang selamat? Ia tidak selamat,” kata seorang pengguna dikenali dengan nama Triona.

“Kita akan kembali ke PKP,” katanya merujuk kepada perintah kawalan pergerakan penuh yang sedang dilaksanakan.

Raymond Fang bersetuju bahawa melonggarkan sekatan terlalu awal akan mengheret negara “kembali ke bawah.”

“4000 kes masih agak tinggi, dan sebaik sekatan dilonggarkan; angkanya naik semula. Jadi apa gunanya? ”

Turut senada, Nisa Erina menegaskan bahawa pembukaan semula sekolah dan sektor ekonomi lain secara berperingkat akan menyebabkan kes meningkat dan menyebabkan negara akan kembali semula dalam perintah kawalan pergerakan yang seterusnya.

Vanessa berkata, tidak hairanlah #KerajaanBodoh kembali trending, kerana pengumuman Muhyiddin “jelas adalah rancangan yang sangat tidak realistik.”

“RIP Ekonomi Malaysia,” katanya. FMT

Warganet kecam pelan ‘tak realistik’ kerajaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Nak kata PM bodoh pun tak apa – Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker