Tun Arifin menghadap Yang di-Pertuan Agong

PETALING JAYA : Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021, Tun Arifin Zakaria tiba di Istana Negara pada pukul 9.45 pagi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AMustafa Billah Shah.

Menurut portal Astro Awani, bekas Ketua Hakim Negara itu dilihat memasuki Pintu 2 Istana Negara menggunakan kenderaan jenis Proton Perdana berwarna hitam.

Sesi menghadap tersebut berlangsung selepas siri sembah maklum oleh 15 wakil ketua parti pada Rabu hingga Jumaat lalu, sebelum ia berakhir pada Isnin (semalam).



Sebelum ini, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 ditubuhkan mengikut Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Jawatan kuasa itu dipengerusikan oleh Tun Arifin sendiri.

Keanggotaannya terdiri daripada pakar kesihatan awam, wakil parti politik pembangkang dan kerajaan, tokoh bidang pendidikan, kesihatan, keselamatan, ketenteraman awam, pentadbiran awam dan undang-undang, mufti serta wakil dewan perniagaan.

Selain Tun Arifin, turut dijadual menghadap Al-Sultan Abdullah hari ini ialah perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.



 

Kerajaan PN Masih Gagal ‘Bangkrapkan’ Saya – Najib Razak

Tun Arifin menghadap Yang di-Pertuan Agong


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Bayi dalam kotak ditemui di pondok bas

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker