Tertekan tiada pekerjaan, lelaki terjun tingkat 11 [VIDEO]


Kuala Lumpur: Tertekan kerana tiada pekerjaan dan hidup sebarang kara, seorang lelaki cuba terjun dari tingkat 11 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang Utara, hari ini.

Bagaimanapun, lelaki berusia 25 tahun itu berjaya diselamatkan orang awam selepas melihat individu terbabit keluar dari tingkap kediaman berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kejadian berkenaan pada 11 pagi.



“Susulan itu sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati lelaki berkenaan berjaya diselamatkan orang awam.

“Lelaki terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Jinjang untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

VIDEO DIBAWAH:-

Tertekan tiada pekerjaan, lelaki cuba terjun tingkat 11 [VIDEO]

 

Menurutnya, berdasarkan siasatan, lelaki terbabit berasal dari Ipoh, Perak dan tinggal di rumah rakannya.



“Dia cuba membunuh diri kerana mengalami tekanan emosi disebabkan tiada pekerjaan dan hidup sebarang kara.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 309 kerana mencuba melakukan kesalahan membunuh diri,” katanya. HM


Layari Laman Facebook MYKMU NET


 



Aktres India Mati Akibat Kemurungan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker