Sidang media Ku Li dibatalkan
Sidang media Ku Li dibatalkan
Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah membatalkan sidang medianya yang dijadualkan berlangsung hari ini.
Pegawai kepada Tengku Razaleigh, Lokman Abdul Ghani memaklumkan hal itu kerana “beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan”
“Setakat ini sidang media cancel sama ada secara bersemuka atau online,” kata Lokman kepada Malaysiakini dalam maklum balas ringkasnya malam tadi.
Terdahulu, Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata Tengku Razaleigh perlu mendapatkan permit polis untuk mengadakan sidang akhbar.
Jelasnya, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) PKP penuh, tiada sebarang perhimpunan dibenarkan sekalipun jumlah kehadiran dihadkan penganjur.
“Dia perlu mendapatkan permit polis,” kata Noor Hisham, petik MalaysiaNow.
Awal hari ini, media telah menerima undangan untuk menghadiri sidang media Tengku Razaleigh pada jam 3 petang esok, yang akan diadakan di kediamannya di Kuala Lumpur.
Jemputan itu tidak menyebutkan isu apa yang akan dibangkitkan ahli parlimen Gua Musang pada sidang media tersebut.
Bagaimanapun, sidang media itu berlaku ketika Yang di-Pertuan Agong bertemu dengan pelbagai pemimpin politik mengenai keadaan darurat dan usaha menangani wabak Covid-19 yang sedang berlaku.
Raja-Raja Melayu pula dijadualkan mengadakan sidang khas pada hari Rabu ini. Mk
Sidang media Ku Li dibatalkan
- Kerajaan PN Masih Gagal ‘Bangkrapkan’ Saya – Najib Razak
- Kerajaan Perak bagi telefon pintar percuma buat pelajar
- Resepi filet ikan bakar dengan sos tomato dan parmesan
- Resepi Ayam Goreng Masak Halia
- Nora Soto Padat Terbaik Di Lembah Kelang
- Kemunculan durian Tupai King
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Tok Him: Perilaku PAS punca parti itu diumpamakan macam pelacur
You must be logged in to post a comment.