Resepi Ayam Masak Gajus Juicy
Resepi Ayam Masak Gajus Juicy
Masa Penyediaan: 15 minit,
Masa Memasak:15 minit,
Jumlah Hidangan:3 orang
Resepi Ayam Masak Gajus yang memang sedap, cepat juga disediakan. Harus dicuba jika anda ingin mempelbagaikan variasi lauk untuk dihidangkan kepada keluarga. Rasa gajus yang lemak memang sedap ditambah kepada masakan ini.
Bahan-Bahan:
400 gram ayam, potong sederhana kecil
3 ulas bawang putih, hiris nipis
2 biji bawang merah, hiris nipis
1/2 inci halia, hiris nipis
1/2 senduk minyak masak
1 cawan gajus, goreng tanpa minyak hingga naik bau.
2 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil minyak bijan
Dan 1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar atau bawang holland, potong bulat
Cara Penyediaan:
Goreng ayam separuh masak, lebih baik di goreng di atas kuali non stick. Angkat dan asingkan.
Panaskan minyak bekas gorengan ayam tadi.Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau dan kekuningan. Masukkan cili kisar dan teruskan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan ayam, kacau selama 1-2 minit, kemudian masukkan sos tiram, sos cili, minyak bijan, kicap manis, kicap cair dan gajus. Teruskan memasak sehingga ayam lembut dan masak sepenuhnya.
Taburkan dengan bawang besar dan perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda.
Tips:
Tujuan menggoreng dulu ayam separuh masak adalah supaya menambahkan lagi kelazatan ayam kerana apabila digoreng, bahagian luar akan garing dan berkaramel.
Resepi Che Nom
Resepi Ayam Masak Gajus Juicy
- Kerajaan PN Masih Gagal ‘Bangkrapkan’ Saya – Najib Razak
- Kerajaan Perak bagi telefon pintar percuma buat pelajar
- Resepi filet ikan bakar dengan sos tomato dan parmesan
- Resepi Ayam Goreng Masak Halia
- Nora Soto Padat Terbaik Di Lembah Kelang
- Kemunculan durian Tupai King
Layari Laman Facebook MYKMU NET