Lepas Gian Main Takraw 5 Lelaki Dikompaun RM10,000
Lepas Gian Main Takraw 5 Lelaki Dikompaun RM10,000
KEMAMAN: Lima lelaki masing-masing dikompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh dengan bermain sepak takraw pada Sabtu.
Mereka didapati bermain di sebuah gelanggang di Kampung Tuan, Chukai, di sini sekitar jam 6.15 petang pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mereka yang berusia lingkungan 18 hingga 42 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman untuk proses pengeluaran kompaun.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, enam lelaki masing-masing dikompaun RM1,500 selepas didapati gagal mematuhi SOP ditetapkan dengan beriadah di tempat awam tanpa penjarakan fizikal.
Katanya, enam lelaki berusia lingkungan 18 hingga 27 tahun itu dikesan melakukan kesalahan di sebuah kedai di Jalan Air Putih, di sini kira-kira jam 6 petang pada Ahad.
“Ketika ditahan enam lelaki terbabit dikesan berkumpul dan berbual di hadapan sebuah gerai bersama minuman tanpa penjarakan sosial.
“Kesemua mereka dibawa ke IPD Kemaman untuk proses pengeluaran kompaun,” katanya.-SH
Lepas Gian Main Takraw 5 Lelaki Dikompaun RM10,000
- Kerajaan PN Masih Gagal ‘Bangkrapkan’ Saya – Najib Razak
- Kerajaan Perak bagi telefon pintar percuma buat pelajar
- Resepi filet ikan bakar dengan sos tomato dan parmesan
- Resepi Ayam Goreng Masak Halia
- Nora Soto Padat Terbaik Di Lembah Kelang
- Kemunculan durian Tupai King
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Tok Mat bakal digantung seumur hidup