Kenapa sidang media Ku Li dibatalkan?

Kenapa sidang media Ku Li dibatalkan?

Kenapa sidang media Ku Li dibatalkan?

Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah atau mesra dengan panggilan Ku Li dijadual mengadakan sidang media hari ini tetapi terpaksa dibatalkan.

Pegawai beliau, Lokman Abdul Ghani memaklumkan kepada Malaysiakini malam tadi bahawa pembatalan terpaksa dibuat kerana “beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan”



Sidang media dibatalkan bukan perkara luar biasa. Apa yang luar biasa dengan pembatalan sidang media Tengku Razaleigh ini adalah “pembabitan” Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Portal-portal berita memetik Dr Noor Hisham sebagai berkata, Tengku Razaleigh perlu mendapatkan permit polis untuk mengadakan sidang akhbar.

Dia dilaporkan berkata, di bawah prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PK) penuh tiada sebarang perhimpunan dibenarkan sekalipun jumlah kehadiran dihadkan oleh penganjur. “Dia perlu mendapatkan permit polis,” kata Dr Noor Hisham, petik oleh portal berita MalaysiaNow.

Tindakan portal-portal berita memetik MalaysiaNow sebagai sumber kenyataan Dr Noor Hisham itu cukup menarik kerana portal itu sering dikaitkan dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan parti Bersatu melalui Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali.



Portal yang dilancarkan pada 20 September lalu itu diketuai oleh Abdur Rahman Koya sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) dan ketua pengarang. Abdur Rahman sebelum ini adalah ketua pengarang Free Malaysia Today (FMT) dan diketahui rapat dengan Azmin.

Soalnya adakah Azmin atau sesiapa dalam dalam Bersatu dan kerajaan tahu apa yang akan dihebahkan oleh Tengku Razaleigh dalam sidang media yang dicadangkan itu sehingga berusaha menggagalkannya?

Awal semalam, media massa telah menerima undangan untuk menghadiri sidang media Tengku Razaleigh pada jam 3 petang hari ini yang akan diadakan di kediamannya di ibu negara.

Soalnya adakah SOP yang menggagalkan sidang media Tengku Razaleigh atau konspirasi politik untuk menyekat beliau daripada membuat kenyataan penting.



Sejak tercetus krisis politik berikutan rampasan kuasa luar Parlimen oleh Perdana Menteri Mahiaddin (Muhyiddin) Md Yasin dan konco-konconya tahun lalu, nama Tengku Razaleigh sering disebut sebagai “White Knight” bagi menyelamatkan keadaan.

Kalau apa yang hendak disampaikan oleh Tengku Razaleigh itu penting dan mendesak, beliau masih boleh melakukannya melalui kenyataan media. Kalau tidak, orang akan sekali lagi mempertikaikan kesungguhan Ku Li. Mk
A Kadir Jasin

Kenapa sidang media Ku Li dibatalkan?


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kenapa Ku Li tak serik-serik dengan Mahathir



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker