Resepi ayam masak merah memukau

Sebaran :

Resepi ayam masak merah memukau

Resepi ayam masak merah memukau

Sedapnya ayam masak merah ni. Makan dengan nasi putih atau nasi minyak memang best. Jom cuba resepi yang dikongsi oleh Cef Yati Rahman ini. Pasti puas hati!

BAHAN PERAP

1 ekor ayam – potong sederhana besar
3 cm halia
5 ulas bawang putih – kisar
2 sudu kecil serbuk cili

BAHAN A

3 ulas bawang merah – hiris halus
4 ulas bawang putih – hiris halus
1 labu bawang besar – hiris kasar
3 cm halia – hiris
4 biji buah pelaga
2 sudu besar cili kering kisar
Dan 2 tangkai daun kari
2 sudu besar rempah kari daging
½ cawan sos cili
1 sudu besar pes tomato
½ cawan kismis kuning – kisar
Sedikit minyak masak
Sedikit garam dan gula

CARA

1.UNTUK PERAPAN AYAM : Kisar halia dan bawang putih. Masukkan ke dalam mangkuk besar. Gaulkan serbuk cili dan garam hingga sebati. Masukkan ayam dan perap selama 30 minit.

2.Goreng semua ayam hingga masak. Ketepikan.

3.Tumiskan hirisan bawang merah, putih halia dan buah pelaga hingga garing.

4.Kemudian masukkan serbuk kari, pes tomato, cili giling dan kismis kisar.
Masukkan air jika perlu. Gaul sekata dan masak hingga pecah minyak. Perasakan dengan gula dan sedikit garam.

5.Masukkan ayam dan gaulkan dengan sos supaya menyaluti ayam.

6.Taburkan hirisan bawang besar, gaul lagi. Untuk lebih enak, taburkan daun kari untuk aroma tambahan . Sedia dihidangkan.

Resepi oleh Chef Yati Rahman

Resepi ayam masak merah memukau


 

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi ikan jenahak taucu


Sebaran :

Leave a Reply