Lelaki melecur insiden kebocoran gas oksigen di HKL
Lelaki melecur insiden kebocoran gas oksigen di HKL
Seorang pemandu lori melecur di sebelah tangan kiri dalam insiden kebocoran gas oksigen di Blok Kejuruteraan, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini petang semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata insiden berlaku pada kira-kira 6 petang dan seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa serta BBP Jalan Tun Razak dikerah ke lokasi sebaik menerima panggilan.
“Setibanya di lokasi pada 6.13 petang tadi, didapati berlaku kebocoran gas oksigen di luar bangunan blok kejuruteraan HKL dan kepulan asap putih memenuhi lokasi kejadian.
“Punca kejadian dipercayai daripada paip penyambungan daripada lori tangki berkapasiti 7,000 liter yang membawa bekalan gas oksigen telah bocor semasa melakukan kerja-kerja mengisi bekalan gas oksigen ke tangki di HKL,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) telah berjaya menutup paip penyambungan itu dan kerja-kerja pembersihan dilakukan.
“Lelaki yang mengalami kecederaan melecur itu dihantar ke unit kecemasan HKL untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
BERNAMA
Lelaki melecur insiden kebocoran gas oksigen di HKL
Baca Artikel Menarik :
- Cara Islam rawat stres
- Suami isteri jual pau RM1 bagi teruskan kelangsungan hidup
- ‘Saya akan cari orang yang beria malukan saya’ – Amaran Tajuddin pada pengkritiknya
- Darurat: Jawatankuasa Khas patut nasihat Agong, bukan Kabinet
- Resepi Kari Ayam Kapitan
- Resepi Fettucine Carbonara Udang dan Cendawan
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Penunggang motosikal maut selepas bahan letupan meledak