Bayi dalam kotak ditemui di pondok bas
Bayi dalam kotak ditemui di pondok bas
Seorang bayi perempuan dianggarkan berusia dua hari ditemui dalam sebuah kotak yang ditinggalkan di pondok bas berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Sri Sendayan di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menerima maklumat berhubung penemuan bayi yang masih bertali pusat itu pada jam 11.58 pagi.
“Ketika ditemui, bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat dan dianggarkan baru berusia dua hari.
“Namun kita masih belum dapat memastikan bangsa bayi tersebut yang telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 bagi mengesan ibu kepada bayi berkenaan.
Sehubungan itu, beliau berkata, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penemuan tersebut supaya tampil memberi maklumat dengan menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Adi Khusaini Saripudin di talian 012-7778789
Bayi dalam kotak ditemui di pondok bas
Baca Artikel Menarik :
- Cara Islam rawat stres
- Suami isteri jual pau RM1 bagi teruskan kelangsungan hidup
- ‘Saya akan cari orang yang beria malukan saya’ – Amaran Tajuddin pada pengkritiknya
- Darurat: Jawatankuasa Khas patut nasihat Agong, bukan Kabinet
- Resepi Kari Ayam Kapitan
- Resepi Fettucine Carbonara Udang dan Cendawan
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Laksa Air Itam henti operasi kerana gangguan pemungut hutang, Covid-19
You must be logged in to post a comment.