Ahmad Nazim teraju LTAT

Ahmad Nazim teraju LTATAhmad Nazim teraju LTAT

KUALA ALUMPUR – Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berkuatkuasa esok, 15 Jun 202 menggantikan Datuk Seri Amrin Awaluddin yang meletakkan jawatannya pada 30 April lalu.

Nazim mempunyai pengalaman profesional selama 20 tahun dalam bidang pengurusan korporat, kewangan korporat dan pelaburan, pernah bertugas sebagai Pengarah Urusan Bagi Asia Tenggara Allied Investment Partners.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan MARA Berhad dari tahun 2013 hingga 2018 serta merupakan ahli Lembaga perintis National Bank of Abu Dhabi (Malaysia) Berhad.

Nazim kini merupakan ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Tenaga, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Omesti Berhad dan Regulus Advisors Pte Ltd, sebuah dana ekuiti persendirian yang berpusat di Singapura.

Beliau memperolehi sarjana bidang ekonomi dan polisi awam di Sciences Po di Perancis dan adalah pemegang anugerah J William Fulbright di Georgetown University, Amerika Syarikat, yang mana beliau memperolehi Sarjana Undang-undang.

Pengerusi LTAT, Tan Sri Mohd. Zahidi Zainuddin (Bersara) mengalu-alukan pelantikan Nazim sebagai peneraju LTAT.

”Nazim akan memainkan peranan yang penting dalam menerajui inisiatif transformasi serta memacu halatuju LTAT sebagai sebuah dana persaraan yang mampan dan berdaya saing.

”Kami juga amat yakin pengalaman luas beliau sebelum ini dalam sektor korporat dan pelaburan di beberapa pusat kewangan terkemuka dunia akan membawa perspektif baru bagi menjayakan pelaksanaan strategi transformasi bagi LTAT,” katanya sambil merakam ucapan terima kasih kepada Mohammad Ashraf Md Radzi, Ketua Pegawai Kewangan yang menanggung tugas sebagai Ketua Eksekutif sejak 3 Mei lalu. MG

Ahmad Nazim teraju LTAT


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Menteri PH ranapkan negara – Najmil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker