4949 kes Covid-19, Sarawak tiada perubahan

4949 kes Covid-19, Sarawak tiada perubahan

4949 kes Covid-19, Sarawak tiada perubahan

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 4,949 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 662,457 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 1,523 kes.

Ia diikuti Sarawak sebanyak 744 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (503), Johor (430) dan Negeri Sembilan (323).

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 1,523 (216,481)
WPKL – 503 (67,719)
Sabah – 273 (66,316)
Johor – 430 (65,069)
Sarawak – 744 (56,187)
Negeri Sembilan – 323 (34,105)
Pulau Pinang – 214 (32,324)
Kelantan – 214 (32,267)
Perak – 136 (23,782)
Kedah – 199 (22,070)
Melaka – 119 (14,969)
Pahang – 61 (11,675)
Terengganu – 86 (10,653)
WP Labuan – 113 (6,155)
WP Putrajaya – 10 (2,126)
Perlis – 1 (559)

Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, tempoh dua minggu pelaksanaan ‘lockdown’ akan datang merupakan tempoh yang kritikal untuk negara mengurangkan bilangan kes kepada 4,000.

Beliau berkata dalam tempoh berkenaan, kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk membantu melandaikan lekuk COVID-19, yang masih mencatatkan bilangan kes harian yang tinggi.

Namun, pada masa sama beliau turut kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang masih melakukan pergerakan yang tidak perlu, termasuk perhimpunan seperti parti keramaian dan majlis.

BERITA LANJUT MENYUSUL

4949 kes Covid-19, Sarawak tiada perubahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kurangkan jumlah kes harian sahaja tak cukup, kata ahli ekonomi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker