PKP 3.0 dilanjutkan tidak halang teksi, e-hailing beroperasi

Sebaran :

Semua perkhidmatan pengangkutan awam termasuk teksi dan e-hailing dibenarkan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilanjutkan sehingga 28 Jun ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, bagi memudahkan cara perjalanan, pemandu teksi diminta mendapatkan surat kebenaran beroperasi dari Sistem Maklumat Industri Logistik (SMILE).

Manakala, pemandu e-hailing boleh mendapatkan salinan surat kebenaran Kementerian Pengangkutan (MOT) yang diberikan kepada syarikat operasi masing-masing, katanya.

“Surat tersebut berserta Lesen PSV (passenger service vehicle) yang dikeluarkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) diperlukan sebagai bukti kebenaran beroperasi di sekatan jalan raya (SJR).

“Kesemua pemain industri yang telah mendapat kelulusan di bawah SMILE bertarikh sebelum 1 Jun boleh memuat turun semula surat pengesahan beroperasi di laman web yang sama tanpa perlu mendaftar semula,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Senator BERSATU cadang kerajaan wujud pusat tahanan golongan LGBT

Ka Siong turut mengingatkan kapasiti penumpang setiap kenderaan pengangkutan awam teksi dan e-hailing hanya dihadkan kepada tiga orang termasuk pemandu.

“Ditegaskan bahawa para pengguna pengangkutan awam perlu mendapatkan kebenaran rentas negeri atau rentas daerah daripada pihak PDRM sekiranya menggunakan mana-mana mod pengangkutan awam bagi perjalanan yang berkaitan.

“MOT sekali lagi mengingatkan semua pihak termasuk para pemandu dan pengguna pengangkutan awam agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan termasuklah memakai pelitup separuh muka, menggunakan cecair pembasmi kuman dan mengamalkan penjarakan sosial selagi boleh serta mengimbas kod QR MySejahtera,” katanya.

PKP 3.0 dilanjutkan tidak halang teksi, e-hailing beroperasi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Ibu dalam pantang dukung bayi, pimpin anak, lari daripada kebakaran

 


Sebaran :

Leave a Reply