Hamas lantik ketua pentadbiran kerajaan baharu di Semenanjung Gaza

Hamas lantik ketua pentadbiran kerajaan baharu di Semenanjung Gaza

Hamas lantik ketua pentadbiran kerajaan baharu di Semenanjung Gaza

Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) melantik pegawai kanan baharu untuk menjalankan pentadbiran kerajaan di Semenanjung Gaza, menurut agensi Anadolu.

Anggota Biro Politik Hamas, Essam Al-Dalis dilantik menjadi ketua pentadbiran kerajaan yang baharu menggantikan Mohammed Awad. 



Sejak tahun 2017, Hamas telah memerintah Semenanjung Gaza melalui pentadbiran yang dipimpin oleh salah seorang pegawai kanannya. 

Hamas memenangi sebahagian besar kerusi Parlimen Palestin dalam pilihan raya bebas yang diadakan pada tahun 2006. 

Namun, Barat, Amerika Syarikat, negara Arab, negara haram Israel dan gerakan Fatah menolak keputusan itu. 

Situasi itu menyebabkan konflik dalaman selama lebih setahun, dan berakhir dengan Hamas mengambil alih Semenanjung Gaza dari Fatah pada 14 Julai 2007. 



Beberapa pengantara serantau dan antarabangsa gagal menyatukan mereka, yang terakhir pada tahun 2017, ketika Hamas membuat konsesi tanpa had kepada Fatah.

Sejak itu, Hamas mentadbir wilayah yang dikepung itu melalui sebuah jawatankuasa disebut sebagai kerajaan Hamas di Gaza. – Agensi

Hamas lantik ketua pentadbiran kerajaan baharu di Semenanjung Gaza


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET




Ibu dalam pantang dukung bayi, pimpin anak, lari daripada kebakaran

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker