Umno nafi pecat Hishammuddin

Umno nafi pecat Hishammuddin

Umno nafi pecat Hishammuddin

Umno nafi memecat Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein daripada parti itu hari ini.

Malah Setiausaha Kerja Umno, Mohd Sumali Reduan, turut menafikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) diadakan hari ini.

Sumali mengesahkan surat pelucutan keahlian Umno yang didakwa dikeluarkan kepada Hishammuddin seperti tular di media sosial adalah palsu.

“Saya sahkan tiada mesyuarat MKT Umno diadakan hari ini apatah lagi pelucutan keahlian. Ini semua palsu dan fitnah jahat,” katanya ketika dihubungi.


Surat yang tular kononnya Umno memecat Hishammuddin Hussein.

Terdahulu, tular surat kononnya Hishammuddin yang juga Ketua Umno Sembrong, dilucutkan keahlian serta-merta berikutan perkembangan politik semasa tanah air.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan kononnya Menteri Luar itu bakal dilantik sebagai Perdana Menteri selepas Muhyiddin Yassin mengundur diri daripada jawatan berkenaan dalam masa terdekat.

Portal itu turut melaporkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan Kabinet akan datang. FMT

Umno nafi pecat Hishammuddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Warisan nafi keluar kenyataan bersama PAS sokong Hisham sebagai PM baru

Related Articles

One Comment

  1. Ya ke? Nampak macam betul aje? UMN00 sekarang ni agak berpecah dan ketuanya yang agak cepat melatah mungkin telah cepat bertindak walaupun cerita masih tak sahih. Lihat sahaja contoh-contoh sebelum ini. Bila dah viral, mula tepis kiri kanan. Tak tahulah benarnya, sekarang ni politik banyak yang palsu, lidah bercabang, bohong, sembunyi kebenaran, baling sebunyi tangan, kambing hitamkan, tikam belakang dll Mungkin ini sebagai tanda dunia dah hampir ke kemusnahannya.

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker