Senator BERSATU cadang kerajaan wujud pusat tahanan golongan LGBT

Senator BERSATU cadang kerajaan wujud pusat tahanan golongan LGBT

Senator BERSATU cadang kerajaan wujud pusat tahanan golongan LGBT

SHAH ALAM – Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara mencadangkan kerajaan mewujudkan pusat tahanan dan pemulihan khas bagi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang berkelakuan melampau terutama di media sosial.

Pengerusinya, Senator Datuk Razali Idris berkata, keperluan pusat tahanan dan pemulihan khas itu ada rasionalnya berikutan terdapat golongan LGBT yang bertindak menghasut dan mencabar pihak berkuasa.

“Kes terkini usahawan kosmetik transgender yang menayangkan payudara secara langsung di platform media sosial serta melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap kanak-kanak lelaki di bawah umur.

“Ini adalah suatu perkara yang tidak boleh diterima dalam masyarakat majmuk Malaysia.

“Pusat tahanan dan pemulihan khas LGBT itu bagi merawat dan membimbing golongan itu ke arah kebaikan, kerohanian dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurut Razali, pihaknya berterima kasih kepada rakyat yang menegur golongan LGBT termasuk penguatkuasaan tegas oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ujarnya, masyarakat tidak boleh membiarkan kebiadaban golongan LGBT yang begitu terbuka dan berleluasa.

“Saya percaya PDRM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sudah mempunyai modul dan program bagi mendekati golongan LGBT supaya mereka tidak berasa terpinggir.

“Kami mengesyorkan pendidikan mengenai LGBT seharusnya dimulakan di peringkat sekolah supaya pelajar terdedah kepada gejala gaya hidup sedemikian, yang menjurus kepada seks bebas, kerosakan institusi kekeluargaan serta masyarakat dan penyumbang kepada penularan jangkitan HIV.

“Guru kaunseling perlu memainkan peranan menyebarkan maklumat mengenai perkara itu dan bagaimana untuk mengelak atau menangani permasalahan terbabit,” jelasnya

Senator BERSATU cadang kerajaan wujud pusat tahanan golongan LGBT


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Parlimen dibuka segera, darurat tidak disambung, cadang Umno pada Agong

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker