Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

Sebaran :

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak
Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

Bagi yang suka makan tempoyak, selain daripada sambal tempoyak, pastilah ikan patin masak tempoyak yang jadi pilihan kan? Berikut merupakan resepi ikan patin masak tempoyak yang sangat sedap dan boleh memukau selera orang yang menikmatinya. Makan bersama ulam-ulaman ditambah pula dengan budu & belacan, confirm tambah nasi!

Masa Penyediaan: 20,
Masa Memasak:20,
Jumlah Hidangan:4



Bahan-Bahan:

1 ekor ikan patin
6 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
3 sudu besar tempoyak
1 bunga kantan – belah 4
Sedikit daun kesum
2 batang serai
1 asam keping
Garam

Cara Penyediaan:



Tumbuk cili padi dan kunyit.

Masukkan dalam periuk dan masak hingga kering air.

Tempoyak diblender dengan air secukupnya
Kemudian masukkan dalam lada yang dimasak.



Kemudian masukkan ikan patin, daun kesum, bunga kantan dan serai.

Masak sehingga sebati semuanya,dan kemudian masukkan asam keping.

Masukkan garam dan gula secukup rasa.



Resepi Che Nom

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET





Resepi Nasi Goreng Ikan Masin Terlajak Sedap


Sebaran :

Leave a Reply