Rejim penjajah Israel tembak mati tiga warga Palestin

Sebaran :

Pasukan khas negara haram Israel menembak mati tiga warga Palestin, termasuk dua anggota perisik tentera Pihak Berkuasa Palestin (PA), dalam serbuan di bandar Jenin di Tebing Barat yang diduduki.

Kementerian Kesihatan Palestin mengenal pasti kedua-dua anggota tersebut sebagai Adham Yasser Alawi, 23, dan Tayseer Issa, 32, lapor agensi berita Palestin, Wafa.

Mangsa ketiga adalah Jamil al-Amuri yang pernah dipenjarakan di penjara Israel.



Media Israel melaporkan bahawa al-Amuri adalah bekas tahanan dan anggota Jihad Islam Palestin, bagaimanapun perkara ini masih belum disahkan pegawai Palestin.

Menurut seorang pegawai kanan keselamatan Palestin, pasukan Israel menggunakan kereta awam, yang menimbulkan kecurigaan dua pegawai Palestin di pangkalan berdekatan, yang melepaskan tembakan ke arah mereka dan terbunuh dalam serangan tembak-menembak itu.

Menerusi video dalam talian menunjukkan seorang penduduk Jenin menjerit bahawa individu dalam kereta berkenaan adalah pegawai Israel yang menyamar, sementara anggota keselamatan Palestin melepaskan tembakan ke arah kereta itu.


Presiden Palestin mengecam tindakan Israel, dengan jurucakapnya menyifatkannya sebagai ‘pelanggaran undang-undang antarabangsa’ yang ‘meningkatkan ketegangan’.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Wafa, Abu Rudeina ‘menganggap kerajaan Israel bertanggungjawab ke atas peningkatan itu serta akibatnya, di samping meminta masyarakat antarabangsa untuk memberi perlindungan kepada rakyat Palestin’. – Agensi

Anwar masih rujuk kepada Mahathir

Rejim penjajah Israel tembak mati tiga warga Palestin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Panas!!! Siapa Penyanyi Remaja Gemar Berbogel Secara Terbuka Yang Didedahkan Oleh Netizen??

 


Sebaran :

Leave a Reply