Quraishi warga Islam pertama dilantik hakim persekutuan AS

Quraishi warga Islam pertama dilantik hakim persekutuan AS

Quraishi warga Islam pertama dilantik hakim persekutuan AS

Washington: Senat pada Khamis meluluskan pelantikan Zahid N. Quraishi, warganegara beragama Islam pertama yang dilantik sebagai hakim persekutuan dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).

“Quraishi akan menjadi warga Islam AS pertama dalam sejarah AS untuk berkhidmat sebagai Hakim Persekutuan Artikel III. Islam adalah agama ketiga terbesar di AS dan beliau adalah yang pertama dilantik sebagai Hakim Artikel III,” kata Ketua Majoriti Senat Charles Schumer sebelum pengundian.



Senator meluluskan pelantikannya dengan 81 menyokong dan 16 membantah bagi mengesahkan Quraishi untuk menjadi hakim di mahkamah daerah New Jersey, lapor Xinhua yang memetik The Hill.

Seramai 32 senator daripada Parti Republikan menyokong Demokrat untuk meluluskan usul berkenaan, menurut laporan itu.

Quraishi, anak pendatang Pakistan, berkhidmat sebagai hakim di mahkamah AS sejak 2019, dan sebelum ini bertugas di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, pejabat peguam AS dan berkhidmat dalam tentera.

Beliau adalah calon kehakiman ketiga yang dilantik Demokrat sejak Joe Biden mengangkat sumpah mengetuai Rumah Putih.



HM

Quraishi warga Islam pertama dilantik hakim persekutuan AS


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


[VIDEO] Nenek Dari Amerika Syarikat Masuk Islam Setelah Menonton “Sinetron” Mengenai Islam’ Di Netflix



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker