Pelajar cemerlang SPM2020 masih terlantar di ICU
Pelajar cemerlang SPM2020 masih terlantar di ICU
REMBAU – Seorang mangsa kemalangan di Kilometer 20, Jalan Seremban-Tampin dekat sini pada 31 Mei lalu, Hana Amyliya Marsyainir Mohd. Bakri, 18, yang kini sedang bertarung nyawa di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban berjaya memperoleh keputusan cemerlang 7A 2B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang diumumkan semalam.
Kemalangan pada pukul 7.45 malam itu telah mengorbankan satu-satunya adik lelaki mangsa, Muhammad Ikhmal Zaqwan Khan Mohd. Bakri, 15, manakala Hana masih belum sedarkan diri dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HTJ selepas tiga kali menjalani pembedahan.
Bapa mangsa, Mohd. Bakri Mohammad, 48, berkata, anaknya sememangnya bercita-cita untuk mendapat keputusan cemerlang dan dia juga digelar sebagai ulat buku dalam kalangan keluarga.
“Sejak kecil, Hana memang pelajar yang aktif dan dia juga cemerlang dalam semua bidang termasuklah sukan dan akademik.
“Amat menyedihkan apabila Hana tidak dapat meraikan kejayaannya pada hari ini (semalam),” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Chembong Utama di sini semalam.
Bakri berkata, anaknya itu sudah pun menjalani tiga pembedahan di mana pembedahan pertama dilakukan di perut susulan bahagian rahim anaknya tercucuk tulang rusuk, manakala pembedahan kedua adalah di pinggul bagi tujuan meletakkan skru.
“Hana juga baru menjalani pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk melihat keadaan kepala dan otaknya yang terhentak susulan kemalangan berkenaan. Doktor kata ada kerosakan yang agak serius dan semuanya bergantung selepas Hana sedar nanti,” ujarnya.
Menurutnya, mereka kini berharap semua pihak akan mendoakan kesembuhan anaknya dan buat masa ini, mereka sepakat untuk tidak memberitahu keputusan peperiksaan SPM kepada Hana serta menunggu anaknya benar-benar stabil untuk berkongsi berita berkenaan. K Online
Pelajar cemerlang SPM2020 masih terlantar di ICU
Baca Artikel Menarik :
- Jantan Pakistan ‘Celaka’ didakwa lakukan amang seksual terhadap budak lelaki 8 tahun
- Tidak perlu dilihat bodoh, inilah sebab mengapa WANITA begitu istimewa di sisi Allah
- Resepi suhun goreng kucai sedap dan lazat
- Resepi gulai ikan temenung sedap baq hang
- Diva AA Balun Abangnya Makan Maggie Kosong -‘3 Bulan Potong Gaji Dah MENGGELUPUR!’
- Apa itu MAGERAN dan adakah diperlukan sekarang?
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.