Isu Jodoh Lambat :‘Bukan Maksud Membodohkan Diri, Bahkan Merujuk Kepada Merendahkan Diri’ – Ustaz Ahmad Dusuki
Isu Jodoh Lambat :‘Bukan Maksud Membodohkan Diri, Bahkan Merujuk Kepada Merendahkan Diri’ – Ustaz Ahmad Dusuki
Umum mengetahui, Prof Muhaya telah tampil memberi penjelasan mengenai kenyataan yang dikeluarkannya berhubung isu jodoh lambat disebabkan wanita terlalu berdikari dan mengejar kerjayanya.
Di Instagram, pendakwah bebas iaitu Ustaz Ahmad Dusuki dipercayai menelefon Prof Muhaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu berkenaan. Malah, beliau cuba berlapang dada dan berfikiran secara terbuka semasa mendengar penjelasan tersebut.
Merendahkan diri
VIDEO ULASAN USTAZ AHMAD DUSUKI
Saya mendengar clip ringkas nasihat Bonda Prof Dr Muhaya tentang jodoh ini, lantas secara adabnya dan akhlaknya saya menghubunginya, saya mendengar penjelasan Bonda Prof Dr Muhaya, jelas dan terang maksud yang di sebutkan itu, saya mohon untuk mengulas tentang apa yang di katakan itu, sebagaiamana orangnya yang tetap optimis dan berkayakinan berlapang dada untuk mendengar pandangan, akhirnya dengan dengan iringan doa moga istiqamah dalam menyampaikan keindahan agama ini.
Maksud kalimah beliau “bodo bodo skit” tu bukan bermaksud membodohkan diri, tapi merujuk kepada merendahkan diri, tidak terlalu menyombong dan ego dengan dengan apa yang di miliki. Bahasa mudah lebih tawadduk agar di angkat darjat di sisiNya, Kepada posisi perempuan solehah, demikianlah anugerah jodoh yang baik yang Allah sediakan,
وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ
perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik
Manakala perempuan buruk dan ego serta menyombong dengan anugerah yang secoit yang di kurniakan oleh Allah kepadanya, Allah berfirman kepadanya..
الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ ۖ
perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat
Menurut Ustaz Ahmad Dusuki, maksud kalimah “bodo bodo skit” yang digunakan oleh Prof Muhaya itu bukan bermaksud membodohkan diri. Bahkan, ianya merujuk kepada merendahkan diri, tidak terlalu menyombong dan ego dengan dengan apa yang dimiliki.
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik
Di samping itu, Ustaz Ahmad Dusuki turut berkongsi sepotong hadis mengenai jodoh. Hadis tersebut memberitahu bahawa wanita yang baik hanyalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan situasi tersebut sama seandainya keadaan tersebut disebaliknya. Menjengah di ruangan, segelintir netizen bersetuju dengan penjelasan yang diberikan.
Terdahulu, Prof Muhaya memohon maaf atas salah faham mengenai perkara yang telah berlaku. Sementara itu, Prof Muhaya memaklumkan sekiranya ada individu yang ingin mengetahui keseluruhan mesej yang disampaikan dalam video tersebut, bolehlah menonton di Youtube Prof Muhaya TV bertajuk ‘CINTA & CITA-CITA’.-OB
VIDEO PENUH DIBAWAH:-
Sumber: Ustaz Ahmad Dusuki
Isu Jodoh Lambat :‘Bukan Maksud Membodohkan Diri, Bahkan Merujuk Kepada Merendahkan Diri’ – Ustaz Ahmad Dusuki
Baca Artikel Menarik :
- Jantan Pakistan ‘Celaka’ didakwa lakukan amang seksual terhadap budak lelaki 8 tahun
- Tidak perlu dilihat bodoh, inilah sebab mengapa WANITA begitu istimewa di sisi Allah
- Resepi suhun goreng kucai sedap dan lazat
- Resepi gulai ikan temenung sedap baq hang
- Diva AA Balun Abangnya Makan Maggie Kosong -‘3 Bulan Potong Gaji Dah MENGGELUPUR!’
- Apa itu MAGERAN dan adakah diperlukan sekarang?
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.