2 polis jadi ‘bidan terjun’ bantu wanita lahir anak di SJR

2 polis jadi ‘bidan terjun’ bantu wanita lahir anak di SJR

2 polis jadi ‘bidan terjun’ bantu wanita lahir anak di SJR

Dua anggota polis bertindak sebagai “bidan terjun” apabila membantu seorang wanita melahirkan bayi perempuan dalam kereta di sekatan jalan raya (SJR) di Expressway Kuching-Samarahan, Kota Samarahan, malam tadi.

Anggota polis wanita masing-masing berpangkat Lans Koperal dan Koperal dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan bertugas di SJR itu, ketika kejadian pada 11.50 malam.



Sebelum itu, wanita berusia 26 tahun berasal dari Kampung Semera Ulu, Asajaya, bersama suaminya berusia 28 tahun melalui SJR ketika dalam perjalanan ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

Noor Fatihah Azelam, 27, berkata, dia yang bertugas menjaga SJR bermula 4 petang hingga 12 tengah malam bergegas membantu selepas dimaklumkan seorang lelaki yang isterinya mahu bersalin.

“Selepas menghampiri kereta berkenaan, saya melihat wanita itu sudah melahirkan anak.

“Saya membantu merungkaikan tali pusat yang berbelit di leher bayi itu,” katanya menurut laporan Harian Metro.



Noor Fatihah berkata, selepas itu dia dibantu rakannya, Koperal Perakson Jennie, 40, menyelimutkan bayi berkenaan yang kesejukan menggunakan tuala.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Samarahan, Sudirman Kram, berkata suami wanita berkenaan yang berada dalam keadaan panik terus memandu ke arah SJR untuk mendapatkan bantuan.

“Anggota kita mendapati wanita berkenaan sudah melahirkan anak dan membantu menyambut kelahiran bayi itu.

“Kebetulan seorang lagi anggota yang hendak melapor bertugas turut membantu menyelimutkan bayi menggunakan kain tuala yang dibawa,” katanya.



Beliau berkata, bayi bersama ibunya kemudian dibawa ke HUS untuk mendapatkan rawatan lanjut. FMT

2 polis jadi ‘bidan terjun’ bantu wanita lahir anak di SJR


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Jambatan runtuh angkara pemandu lori elak SJR



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker