Fadillah positif Covid-19

Fadillah positif Covid-19

Fadillah positif Covid-19

PETALING JAYA: Menteri Kanan Kerja Raya, Fadillah Yusof, disahkan positif Covid-19 selepas menerima keputusan ujian saringan awal malam tadi.

Menurut kenyataan Kementerian Kerja Raya, Fadillah kini menjalani kuarantin di rumah disebabkan tiada sebarang gejala seperti nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). FMT

Helikopter bomba hantar vaksin ke pedalaman Sarawak

Penghantaran 1,760 dos vaksin COVID-19 menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke empat lokasi di pedalaman Sarawak berjalan lancar, hari ini.

Helikopter AgustaWestland (AW139) yang dikendalikan juruterbang Kapten Faridullahamin Mohd Noh itu membuat penghantaran pertama ke Mulu pada jam 10.55 pagi sebelum ke Long San pada jam 11.34 pagi.

Komander Pangkalan Operasi Udara JBPM Miri, Robert James, berkata helikopter berkenaan kemudian menghantar vaksin ke Bario pada jam 12.11 tengah hari sebelum singgah di Long Bedian pada jam 1.11 pagi.

“Penghantaran vaksin Sinovac itu turut disertai Ketua Bomba Zon Miri, Law Poh Kiong bersama pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Haniff dan Chai Min Choo.

“Selain vaksin, penerbangan hari ini turut menghantar bantuan bekalan makanan seberat 731 kilogram (kg) ke satu lagi lokasi di pedalaman iaitu ke Ba’Lai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Robert berkata, baki bantuan makanan seberat 2,703 kg akan diterbangkan ke dua lagi penempatan di pedalaman iaitu Long Sait dan Pa’Tik esok.

Ia berikutan cuaca buruk yang tidak mengizinkan penerbangan diteruskan hari ini.

“Sepanjang penerbangan hari ini pun kami menempuh cuaca mendung dan awan tebal serta hujan lebat di beberapa kawasan.

“Bagaimanapun, dengan koordinasi dan kerjasama yang baik dengan pihak kawalan trafik udara, penerbangan ini berjaya dilaksanakan dengan baik dan selamat,” katanya.

Fadillah positif Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Tidak perlu dilihat bodoh, inilah sebab mengapa WANITA begitu istimewa di sisi Allah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker