Sari Yanti Bongkar Rahsia Jep Sepahtu

Berbeza daripada apa yang dilihat dalam kaca televisyen, Jep Sepahtu sememangnya seorang lelaki yang romantik dan tidak rumit.

Dikongsi oleh isterinya, Sari Yanti mendedahkan kisah cinta mereka sama seperti orang lain tetapi berbeza dan istimewa apabila Jep bertanyakan satu soalan ini.

“Bukan cerita cinta yang rumit” – Sari Yanti

Menerusi story Instagram milik Sari Yanti, ramai yang bertanyakan beberapa soalan kepadanya dan salah satunya adalah bagaimana kisah dan jalan cerita percintaan mereka.



Menjawab kepada sesi Q&A di Instagram, Sari mengatakan proses bercinta mereka lebih kurang sama dengan orang lain.

Foto – @sariyanti (Instagram)

” Cerita cinta yang rasanya process lebih kurang sama dengan orang lain. Kenal, ambil berat, risau, sampai jodoh dan bernikah.

Bukan cerita cinta rumit ♥”, ujarnya.

Malah Sari juga berkongsi sebelum mereka ke fasa seterusnya, Jep terlebih dahulu bertanyakan satu soalan di mana baginya sangat beradab dan sopan.



“Sari dah ada boyfriend?” – Jep Sepahtu 

Tak cliche macam sesetengah individu yang mahu melangkah ke fasa seterusnya, Sari berkata Jep hanya bertanyakan satu soalan yang direct tanpa sebarang kiasan.

“Tapi sebelum mula langkah kenal lagi rapat. Ditanya satu soalan pembuka bicara yang beradab.

‘Sari dah ada boyfriend?’, direct je tanya. Gentleman.”, kongsi Sari kepada pengikut di Instagram.

Pada masa yang sama, Sari juga berkata untuk berkenalan dengan seseorang, tak perlu menggunakan pantun atau bahasa kiasan. Tanya secara terus tanpa berselindung.



Foto – @sariyanti (Instagram)

Katanya paling penting untuk mengenal seseorang dengan lebih mendalam, pastikan hati ikhlas dan berniat dengan betul. Dari situlah semuanya akan dipermudahkan dan soalan yang biasa boleh menjadi istemewa.

Patutlah kehidupan rumah tangga pasangan ini selalu bahagia, rupanya perangai Jep Sepahtu ini yang membuatkan Sari Yanti terpikat dengannya.-Murai

Walaupun Nama Pernah ‘Dihancurkan’, Mamat Sepah Akui Sudah Ampunkan Jep Dan Shuib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker