Pelantikan 5 Naib Canselor Universiti Awam Dalam Tempoh Terdekat

JOHOR BAHRU: Proses temu duga calon-calon Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan dilakukan pada bulan ini sebelum pelantikannya dibuat dengan segera.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, sesi temu bual Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pula telah dijalankan dan nama calon yang berjaya akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

“Jawatan sama di Universiti Putra Malaysia (UPM) pula akan diputuskan tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kelmarin, Pertubuhan Pembangunan Penyelidikan dan Dasar Pendidikan Tinggi Malaysia (Pendapat) meminta Kementerian Pengajian Tinggi melihat kembali amalan pelantikan jawatan tersebut dengan merujuk amalan terbaik di negara luar yang dibuat lembaga universiti termasuk jawatan lain.

Ia susulan gesaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) agar melantik Naib Canselor di lima universiti awam yang kosong sejak awal tahun ini membabitkan UPSI, Unimap, UiTM, UMT dan UPM.

Noraini berkata, penubuhan Jawatankuasa Tetap Pemilihan Naib Canselor Universiti Awam dalam membantu Kementerian Pengajian Tinggi melantik Naib Canselor merupakan amalan terbaik yang mampu menjadi semak dan imbang terhadap proses tersebut.

Lantik Naib Canselor dalam kalangan warga UPM

Menurutnya, penglibatan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) sejak 2015 juga terbukti membantu mengenal pasti dan mengembangkan bakat kepimpinan institusi dalam kalangan ahli akademik terutamanya di universiti awam.

Katanya, proses pelantikan Naib Canselor universiti awam dijalankan dengan penuh teliti dan terperinci yang bermula dengan pencarian calon dibuat secara terbuka melalui kaedah pengiklanan dikendalikan pihak universiti.

“Jawatankuasa Tetap Pemilihan Naib Canselor Universiti Awam yang ditubuhkan akan membuat cadangan mereka berdasarkan kriteria ditetapkan pihak kementerian dan universiti termasuk kecemerlangan akademik, kepemimpinan berwawasan dan intelektual.

“Ini bagi memastikan calon-calon yang berpotensi mempunyai peluang untuk membuat permohonan berdasarkan kriteria tersebut, tidak timbul isu calon tidak berwibawa dipilih berbanding mempunyai kelayakan jitu,” katanya.

Pencapaian SPM 2020 terbaik dalam tempoh 5 tahun

Mengulas lanjut, Noraini berkata, senarai calon juga akan disaring terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Saringan di peringkat universiti yang turut mengambil kira pelan penggantian dalaman (succession planning) universiti dan sumber-sumber pencalonan lain sebelum dikemukakan kepada pihak kementerian untuk proses temu bual.

Jelas beliau, Naib Canselor yang bakal dilantik secara umumnya harus mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang mampu menerajui dan memacu universiti agar selari dengan bidang tujahan universiti, berkeupayaan dalam melaksanakan agenda transformasi, mempunyai pencapaian akademik yang disegani dalam kalangan peers serta mempunyai tahap integriti yang tinggi.

“Pada masa sama kementerian juga telah mengambil inisiatif mewujudkan kelompok bakat kepimpinan dan laporan profiling calon Naib Canselor melalui penglibatan AKEPT disamping jawatankuasa tetap tersebut yang dianggotai tokoh tempatan dengan latar belakang tadbir urus korporat dan akademik,” katanya. – UTUSAN

Ramai Netizen Tak Setuju Termasuk Dr. Amalina Terhadap Pendapat Prof Muhaya..Kena ‘Nampak Tak Bijak’ Untuk Pikat Lelaki?

Pelantikan 5 Naib Canselor Universiti Awam Dalam Tempoh Terdekat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pemandu maut setelah kereta terbabas langgar penghadang plaza tol

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker