Kadar ujian harian Malaysia ikut tanda aras WHO – Noor Hisham

Kadar ujian harian Malaysia ikut tanda aras WHO - Noor Hisham

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar ujian saringan harian Covid-19 Kementerian Kesihatan (KKM) adalah memadai dan mengikut tanda aras Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Beliau berkata, WHO menetapkan “kadar ujian memadai” bagi setiap kes positif adalah sebanyak 10 hingga 30 kes negatif.

Katanya, isu yang kerap dihadapi KKM ialah makmal sektor swasta lambat memasukkan data kes negatif ke dalam Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA) setiap hari, khasnya pada cuti umum.



Tetapi beliau berkata, kes positif cepat dimaklumkan.

“Walaupun begitu kes harian yang dijalankan memadai tanda aras WHO dan angka kes negatif mungkin lebih daripada yang dilaporkan,” katanya di Twitter.

Beliau berkata, isu berhubung ujian RTK-Ag kendiri di rumah masih dibincangkan mengenai cara merekodkan keputusan itu dalam SIMKA.

Semalam Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii meminta kerajaan tidak memberikan tanggapan salah bahawa jumlah kes harian berkurangan, sebaliknya perlu telus mengenai kadar ujian Covid-19.

Katanya, kegagalan menyesuaikan kes berkurang mengikut ujian saringan dan kadar positif tidak bermakna, serta memberi “rasa selamat yang salah”.



Kadar ujian harian Malaysia ikut tanda aras WHO – Noor Hisham


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pelakon Berbogel Tunjuk Tanda Protes Di Majlis ‘Oscar Perancis’



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker