Hadi tetap beristiqomah dengan Perdana Menteri
Ketika seorang lagi pemimpin tertinggi parti politik memasuki pintu gerbang Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Presiden PAS Abdul Hadi Awang membuat nukilan mengenai situasi semasa negara dari “jendela Institut Jantung Negara.”
Abdul Hadi berkata, ketika negara berdepan dengan situasi Covid-19, ada pihak tertentu yang didakwanya tidak berhenti daripada amalan politiking dan sangat bernafsu mahu mengambil alih tampuk kepimpinan negara dan negeri.
“Rasulullah SAW membandingkan kumpulan ini laksana mereka yang berada di petak bawah di dalam sebuah bahtera, di mana mereka ingin menebuk kapal dari bawah kerana bersikap gopoh ingin mendapatkan air untuk mereka sahaja tanpa mengira semua orang yang berada di dalam bahtera.
“Mereka perlu dihalang agar semuanya selamat,” katanya dalam catatan disiar di media sosialnya petang ini.
Untuk rekod Abdul Hadi ketika ini masih dirawat di IJN dan pada 6 Jun lalu salah seorang anak lelakinya Muhammad Khalil meminta orang ramai mendoakan duta khas perdana menteri ke Timur Tengah itu supaya diberi kesembuhan segera.
Kata Muhammad Khalil, Abdul Hadi, 73, berada dalam keadaan stabil namun masih memerlukan rawatan susulan dan pemantauan doktor.
Hari ini Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menerima beberapa pemimpin tertinggi parti politik menghadap. Pagi tadi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin merupakan tokoh pertama menghadap baginda.
Bagaimanapun ada pertemuan tersebut adalah kelaziman sebelum Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim pula menyusul beberapa ketika kemudian sebelum diikuti Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng awal petang ini.
Menurut Abdul Hadi PAS memang terlibat secara langsung mengambil alih kerajaan daripada PH – tanpa melalui pilihan raya umum – ketika negara didakwanya berdepan krisis kepimpinan.
Menegaskan langkah itu menepati kaedah demokrasi, ahli parlimen Marang itu berkata PAS membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan selepas diberikan peranan dalam kabinet mereka
Tak bincang isu kerajaan baru pun dengan Agong, kata Anwar
terus menjalankan tugas masing-masing tanpa banyak soal.
“Secara khusus, PAS memahami keadaan darurat pandemik Covid-19 dan menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya dihentikan segala politicking yang boleh menganggu kestabilan pemerintahan negara,” katanya.
Tidak dapat dipastikan kepada siapa kritikan Abdul Hadi mengenai usaha mengambil tampuk pemerintahan itu dibuat kerana PH bukanlah satu-satunya pihak yang mengkritik keras kerajaan PN ketika ini.
Turut giat mengkritik cara kerajaan PN menguruskan ekonomi negara dan menangani ancaman Covid-19 ketika ini ialah Umno sendiri, iaitu rakan rasmi PAS dalam Muafakat Nasional.
Hadi tetap beristiqomah dengan Perdana Menteri
Baca Artikel Menarik :
- Program Hiburan Kumpul 50 Orang Boleh? Menteri Tolong Jawab Pertanyaan Saya
- Dewan Tertinggi BN pilih Zambry sebagai Setiausaha Agung baharu
- Ryzal Ibrahim DurianKimchi Gunakan Maryam Dikecam Netizen [VIDEO]
- [VIDEO] Gelagat Azmi Tiba-Tiba Timbul Masa Danial Zaini Buat IG Live..”Ane!! Saya Punya Nasi Goreng Ayam Sudah Siap Ka Ane?”
- Resepi Sambal Tumis Ikan Cencaru pedas
- Resepi tauhu sumbat ikan dan sos cili delima
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Pelakon Berbogel Tunjuk Tanda Protes Di Majlis ‘Oscar Perancis’
You must be logged in to post a comment.