Utamakan kes Zahid, AG harus beri penjelasan – Razlan

Utamakan kes Zahid, AG harus beri penjelasan – Razlan

Anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Razlan Rafii menggesa peguam negara (AG) menjelaskan surat yang didakwa meminta perbicaraan rasuah membabitkan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi diberi keutamaan.

Dalam satu kenyataan, Razlan mempersoalkan mengapa Peguam Negara (AGC) tergesa-gesa untuk mempercepatkan kes itu.



“Saya nak bertanya kepada Pejabat Peguam Negara, apakah niat sebenar yang mahu dizahirkan untuk mempercepatkan kes Datuk Seri Zahid Hamidi? Kenapa ianya tidak dilakukan sama seperti kes-kes yang mempunyai kepentingan awam yang lain, ada Kes Terowong, Kes Rasuah yang lain.

“Pejabat peguam negara harus menjawab,” kata Razlan (di atas) dalam satu kenyataan malam tadi.

Razlan merujuk kepada sepucuk surat bertarikh semalam yang tular di media sosial.

Surat berkenaan dikatakan ditujukan kepada hakim perbicaraan, Collin Lawrence Sequerah dan ditandatangani oleh pendakwa raya kes, Abdul Malik Ayob bagi pihak peguam negara.



Dalam surat itu, Abdul Malik mengatakan dirinya diarah meminta mahkamah memberikan keutamaan kepada kes Zahid mengatasi perbicaraan kes 1MDB membabitkan bekas perdana menteri, Najib Razak.

Sequerah ialah hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membicarakan kedua-dua kes itu.

“Permohonan ini dibuat adalah untuk membolehkan perbicaraan kes ini, yang berada di peringkat pembelaan, diselesaikan dengan kadar segera,” menurut surat berkenaan.

Insiden ini berlaku ketika badan kehakiman dan AGC mendapat kritikan daripada Umno sejak beberapa minggu lalu, berhubung apa yang didakwanya sebagai ketidakadilan dalam beberapa kes berprofil tinggi melibatkan pemimpinnya.



Selain itu, terdapat dokumen mahkamah dalam kes-kes ini yang telah dibocorkan kepada orang ramai.

Ia termasuk draf penghakiman berhubung rayuan Najib dalam kes SRC International, yang dikatakan pihak mahkamah sebagai draf kerja yang belum dimuktamadkan dan telah “diubah suai”.

Satu lagi draf penghakiman bagi perbicaraan kes rasuah melibatkan Rosmah Mansor. Bagaimanapun pihak polis berkata, dokumen yang didedahkan itu bukanlah salinan akhir yang digunakan hakim yang mengadili kes Rosmah. Mk

Utamakan kes Zahid, AG harus beri penjelasan – Razlan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu



Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker