Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka agak tinggi pagi ini berbanding dolar AS, didorong oleh jangkaan pemulihan ekonomi kerana kes baharu COVID-19 telah menunjukkan penurunan, kata seorang peniaga.
Pada jam 9.01 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.1180/4.1205 berbanding dolar AS pada 4.1275/1285 ketika ditutup pada urus niaga Jumaat minggu lepas.
Pedagang ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata kes baharu COVID-19 di Malaysia yang kian merata sejak beberapa hari kebelakangan ini, beserta dengan kelancaran program vaksinasi di dalam negara, meningkatkan prospek ke arah pembukaan penuh ekonomi yang semestinya akan menyokong ringgit.
“Pada masa sama, pelabur terus mencernakan data ekonomi bercampur-campur dari Amerika Syarikat serta tanda-tanda kemungkinan berlaku kenaikan kadar faedah AS,” katanya.
Sementara itu, pada paras pembukaan, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.
Berbanding dolar AS, ringgit menyusut kepada 3.1126/1150 daripada 3.1076/1086 sebelumnya dan turun berbanding yen kepada 3.7645/7671 daripada 3.7482/7494.
Unit tempatan juga lemah berbanding euro kepada 5.0178/0208 daripada 5.0013/0025 dan lega berbanding pound Britain kepada 5.8356/8392 daripada 5.8313/8327. Bernama
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini
Baca Artikel Menarik
- Syed potong rambut pun, netizen teruja
- Private party’ di bilik hotel, 4 penjawat awam antara 32 ditahan
- Saya nak hadiah gajet untuk perakam test drive – Sanusi
- Pertemuan Agong, pemimpin utama parti politik mungkin sekadar khabar angin
- Floyd Mayweather vs Logan Paul: Tiada pemenang, tetapi bawa pulang RM200 juta
- Resepi Kerabu Maggi Siam Sedap!
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Ambik kesempatan di atas kesempitan. – Zahid Hamidi