1MDB fail saman terhadap Riza, syarikat penerbitan
KUALA LUMPUR: 1MDB dan tiga anak syarikatnya memfailkan saman baharu terhadap penerbit filem Riza Aziz, syarikat penerbitannya dan sebuah firma guaman AS untuk mendapatkan semula USD250 juta (RM1 bilion) yang didakwa diselewengkan.
1MDB berkata, dalam saman itu, Riza dan syarikatnya – Red Granite Pictures serta Red Granite Capital (BVI) Limited – menggunakan wang itu antara 2011 dan 2012, untuk manfaat peribadi.
“Antara lain, wang itu digunakan untuk membiayai penerbitan filem serta membeli pelbagai hartanah,” kata syarikat itu.
1MDB mendakwa firma guaman Shearman and Sterling LLC membenarkan Riza serta “sekutunya” Low Taek Jho (Jho Low) menggunakan akaun klien di firma itu itu untuk mengubah “sejumlah besar dana yang diselewengkan.”
“Kami memohon deklarasi supaya Riza, Red Granite, serta Shearman and Sterling LLC dipertanggungjawab bagi dana yang diselewengkan daripada kami.
“Secara alternatif, kami meminta deklarasi daripada mahkamah bahawa kami berhak mendapat pembayaran semula dana yang diselewengkan itu,” kata syarikat.
Mahkamah Tinggi menetapkan 17 Ogos untuk pengurusan kes.
Riza, yang juga anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak, sebelum ini dilepaskan tanpa dibebaskan daripada tuduhan mengubah wang haram berjumlah USD248 juta.
Melalui terma yang dicapai kedua-dua pihak, Riza bersetuju memulangkan USD107 juta kepada kerajaan dengan syarat pendakwa mempunyai hak untuk menuduhnya semula jika beliau gagal mematuhi perjanjian berkenaan.
Tidak jelas sama ada Riza telah memulangkan wang berkenaan, atau sama ada kes baharu ini mempunyai kaitan dengannya.
Baru-baru ini kerajaan AS menjual apartmen Riza di New York dengan harga USD16.8 juta. Akhbar New York Times melaporkan apartmen itu dibeli pada 2012 dengan harga USD33.5 juta.
Selepas Ceroboh Ruang Udara China Ceroboh Pula Perairan Negara
1MDB fail saman terhadap Riza, syarikat penerbitan
Baca Artikel Menarik
- Polis hanya terima surat dari kementerian dan agensi ini sahaja
- Had masa 2 jam di pusat beli-belah ditarik serta-merta, kata menteri
- Naik menyampah semua iklan muka Ayda Jebat?
- Resepi Ayam Masak Merah Tomato
- Resepi bingka labu berkeju sedap
- Proses vaksinasi lembab bukti ketidakmampuan pemerintahan – Anwar
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Moratorium Automatik: NGO Melayu Islam desak kerajaan paksa bank
You must be logged in to post a comment.