Kapal karam: Sri Lanka berdepan pencemaran laut terburuk [VIDEO]
Kapal karam: Sri Lanka berdepan pencemaran laut terburuk
SRI LANKA berdepan ancaman pencemaran laut dan pantai terburuk dalam sejarah selepas sebuah kapal membawa bahan kimia tenggelam di perairannya.
Kapal Xpress Pearl dari Singapura itu turut membawa 378 tan minyak yang dibimbangi menjejaskan kehidupan marin.
Bagaimanapun tidak berlaku tumpahan minyak di kawasan perairan terbabit.
Kebakaran yang berlaku dua minggu lalu berhampiran Colombo itu telah menyebabkan kerosakkan ekologi di pantai dan laut Sri Lanka.
Serpihan barangan yang dibawa kapal tersebut dihanyutkan ombak ke pesisir pantai, memaksa pasukan keselamatan dikerah dalam operasi pembersihan.
Insiden itu turut memburukkan lagi keadaan para nelayan yang bergantung kepada pendapatan hasil laut.
Pakar menjangkakan serpihan kapal akan dihanyutkan ke Teluk Bengal dalam masa terdekat dan kesan terhadap alam sekitar akan berkekalan untuk berdekad lamanya.-BBC
Kapal karam: Sri Lanka berdepan pencemaran laut terburuk
Baca Artikel Menarik
- Mahu cari saham akhirat, Nora kongsi rezeki bersama petugas barisan hadapan
- Moratorium, Tengku Zafrul U-TURN!
- [VIDEO] ‘Rider’ Foodpanda Sekali Lagi Muncul Hero, Kali Ini Bantu Polis Tangkap Penjenayah Di Puji Netizen
- Selepas tutup pintu, Ismail Sabri naik status nasi ayam goreng kunyit
- Resepi Masak Lemak Cili Padi Nangka Muda dan Udang
- New option on MySejahtera app to help those wanting to cancel, alter vaccination appointments
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Kapal British Lama Dipercayai Tahun 1800-an Ditemui Di Sungai Lipis