Guna kuasa atau tak untuk moratorium, bank tetap akan untung, kata Najib

Guna kuasa atau tak untuk moratorium, bank tetap akan untung, kata Najib

Guna kuasa atau tak untuk moratorium, bank tetap akan untung, kata Najib

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak berkata bank akan mendapat keuntungan sama ada Putrajaya memaksa mereka mengenakan moratorium pinjaman atau tidak.

Ia susulan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz memberitahu Sinar Harian bahawa kerajaan bakal menanggung kos pampasan tidak diperlukan sama sekali kepada institusi perbankan sekiranya bertekad mahu moratorium pukal dilaksanakan.

Najib berkata sekiranya kerajaan tidak mengarahkan bank untuk menawarkan moratorium, walaupun mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, institusi kewangan akan mendapat keuntungan.

“Guna kuasa untuk arah bank beri moratorium, kerajaan perlu bayar pampasan dan bank juga untung,” katanya di Facebook.

Permintaan untuk bank melaksanakan moratorium pinjaman telah meningkat berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang lebih ketat, yang menyaksikan hanya sektor perlu dibenarkan beroperasi.

Zafrul pada awalnya berkata kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menentukan apa yang dapat disediakan oleh bank moratorium atau bagaimana ia dilaksanakan.

Namun, pengkritik berpendapat bahawa terdapat beberapa undang-undang yang memberikan kuasa kepada kerajaan, termasuk Ordinan Darurat dan Akta Bank Negara Malaysia 2009.

Dalam temu ramah eksklusif bersama Sinar Harian, Zafrul berkata walaupun Ordinan Darurat telah memberikan kuasa kepada kerajaan untuk memaksa bank mengenakan moratorium, ia juga menetapkan bahawa kerajaan perlu membayar balik kepada bank.

“Memaksa pihak bank melakukan moratorium secara pukal pada waktu ini bermakna kerajaan mungkin akan menanggung kos pampasan untuk sesuatu yang jelas tidak diperlukan sama sekali.

“Saya lebih rela menyalurkan sumber ini (kos pampasan bank bagi melaksanakan moratorium pukal) untuk membantu rakyat dan perniagaan yang lebih memerlukannya,” katanya menerusi satu catatan kolum eksklusif beliau di Sinar Harian pada Sabtu. FMT

Guna kuasa atau tak untuk moratorium, bank tetap akan untung, kata Najib


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Moratorium: Kerajaan ada ‘kuasa besar’ atas bank

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker