Anwar tidak sempat berucap, MKN tangguhkan Kongres PKR
PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat berucap pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan Keadilan ke-15 esok berikutan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menangguhkan kongres tersebut pada saat akhir.
Ketua Setiausaha Pengelola merangkap Pengarah Kongres, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, keputusan itu dibuat setelah PKR menerima surat dari MKN dan makluman lisan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 4 Jun lalu pukul 6.21 petang.
Bagaimanapun, katanya, arahan terbaharu MKN itu bercanggah dengan surat mereka bertarikh 27 Mei lalu yang telah menyatakan MKN tiada halangan terhadap penganjuran kongres berkenaan secara dalam talian sepenuhnya.
Cadangan pilih selain Anwar sebagai PM hanya usaha pecah belah Pakatan Harapan – AMK
“PKR membantah keras tetapi terpaksa akur dengan arahan ini dan Majlis Pimpinnan Pusat telah membuat keputusan untuk menangguhkan kongres nasional parti ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.
“Butiran keputusan ini akan diumumkan oleh Anwar Ibrahim dalam amanat khas esok menerusi Facebook parti pada 11 pagi, esok.
“Beliau turut menyentuh isu ekonomi dan Covid-19 serta perkembangan politik terkini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kongres PKR berlangsung selama tiga hari bermula semalam dengan ucapan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, diikuti ucapan dasar Ketua Wanita, Fuziah Salleh.
Ia diikuti dengan Kongres Angkatan Muda, Akmal Nasrullah Mohd Nasir hari ini dan diakhiri dengan ucapan dasar oleh Anwar Ibrahim esok.
Anwar tidak sempat berucap, MKN tangguhkan Kongres PKR
Baca Artikel Menarik
- Pihak yang berbalah wajar dikuburkan – Nik Abduh
- Saya dah lama maafkan semua orang yang marah saya
- Puteri Sarah mahu beri makan 10 keluarga sehari
- Resepi Agar-Agar Santan Sirap Ros
- Resepi Sotong Masak Kicap Berempah
- Lepas kes menteri hentak meja, telahan Najib mengenai ‘mesej’ KP Kesihatan tarik perhatian
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Lepas kes menteri hentak meja, telahan Najib mengenai ‘mesej’ KP Kesihatan tarik perhatian
You must be logged in to post a comment.