Saya dah lama maafkan semua orang yang marah saya
Saya dah lama maafkan semua orang yang marah saya
Selepas menarik perhatian netizen dengan gambar menutup pintu pejabat, Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob hari ini sekali lagi mencuri perhatian warga net apabila secara spontan menjawab permohonan maaf seorang pengguna media sosial terhadapnya.
Pemilik akaun Facebook Eyra Ziraa dari Taiping sebelum itu memohon maaf secara kepada Ismail Sabri kerana mendakwa sebelum ini dia sering mengeluarkan kata-kata kesat terhadap naib presiden Umno terbabit.
Melalui pengakuan itu Eyra Ziraa berkata sebelum ini dia banyak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ismail Sabri.
Namun katanya ketika ini dia melihat ahli parlimen Bera itu seperti kepenatan kerana bekerja dan menanggung “beban”.
“Menteri lain saya tak tahu, tapi Datuk Seri banyak memikul beban seolah semua benda dipikul Datuk Seri, tertengok live ‘Pak Long Mail’ dengan Dr Noor Hisham, rasa sayu hati,” katanya dalam satu hantaran di ruangan komen Facebook Ismail Sabri.
Ismail Sabri secara spontan tampil menjawab komen Eyra Ziraa dengan berkata dia memaafkan semua individu yang melahirkan rasa marah terhadapnya di media sosial.
Bahkan dengan rendah hati Ismail Sabri turut memohon maaf terhadap seluruh rakyat Malaysia dan berikrar akan melakukan yang terbaik kepada semua rakyat.
“Saya dah lama maafkan Eyra dan semua yang marah kepada saya.
“Saya tahu sebagai manusia biasa saya tidak pernah lari dari membuat kesilapan yang membuatkan orang marah.
“Saya pun mohon maaf.. terima kasih kerana memahami. Insya-Allah saya akan lakukan yang terbaik untuk rakyat,” tulis Ismail Sabri.
Ismail Sabri merupakan salah seorang menteri kanan dalam kabinet Perikatan Nasional (PN) yang diketua Muhyiddin Yassin.
Diberikan portfolio mengetuai Kementerian Pertahanan, dia menjadi watak utama dalam kempen menangani Covid-19 selepas PN menjadi kerajaan. Malah pada satu ketika Ismail Sabri muncul setiap hari di kaca TV untuk memberikan maklumat terkini mengenai situasi negara.
Dia juga adalah orang yang menjelaskan dari semasa ke semasa perkembangan prosedur operasi standard (SOP) semasa menghadapi Covid-19.
Kelmarin Ismail Sabri mencuri perhatian apabila memuatnaik gambar menutup pintu pejabat dengan kapsyen tergantung.
“Saya dah tutup pintu depan tapi…..” tulisnya di Facebook.
Hantaran itu dimuat naik selepas dia mengumumkan bahawa kilang arak tidak dibenarkan beroperasi ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh. Mk
Saya dah lama maafkan semua orang yang marah saya
Baca Artikel Menarik
- Rindu Awak Separuh Nyawa ungguli carta drama 2021, kejutan di minggu akhir
- Ahli politik dakwa diugut penyebaran video, gambar peribadi
- Rihana Oksana Semakin Daring ‘Tayang Body’. Selain DiKecam Ada Juga Netizen Pertahankannya…
- Muhyidin pun sama macam Najib – Mahathir
- Mahathir hantar surat kepada Agong, minta campur tangan keluhan rakyat
- Resepi Kek Lapis Masam Manis Sarawak
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Ismail Sabri dah tutup pintu depan tapi…?