Malaysia beri kelulusan untuk vaksin AstraZeneca buatan Thailand
Malaysia beri kelulusan untuk vaksin AstraZeneca buatan Thailand
PENDAFTARAN bersyarat telah diluluskan untuk vaksin AstraZeneca yang dihasilkan di Thailand, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) yang berlangsung pada Jumaat (4 Jun).
“Mesyuarat telah bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana kepada produk vaksin Covid-19 Vaccine AstraZeneca Solution for Injection keluaran AstraZeneca daripada pengilang kedua iaitu Siam Bioscience Co., Ltd, Thailand.
“Pengilang kedua ini merupakan pengeluar yang akan menjadi sumber bekalan vaksin AstraZeneca untuk kegunaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sebelum ini, PBKD telah meluluskan pendaftaran bersyarat bagi pengilang Medimmune Pharma B.V., Netherlands, yang merupakan pengeluar bagi bekalan vaksin Covid-19 AstraZeneca ke negara-negara Eropah, pada 2 Mac.
Pada 2 April, PBKD juga meluluskan pendaftaran bersyarat untuk vaksin AstraZeneca yang dibekalkan melalui fasiliti Covax oleh pengilang Korea Selatan SK Bioscience.
Dr Noor Hisham menjelaskan bahawa Malaysia menerima vaksin AstraZeneca melalui dua saluran, terus dari pengeluar dan melalui fasiliti Covax.
Bekalan vaksin AstraZeneca yang bakal diterima daripada pengilang Siam Bioscience Co., Ltd ini dijangka dapat mempertingkatkan kadar vaksinasi di bawah PICK dengan lebih pantas.
Dr Noor Hisham menambah bahawa AstraZeneca, sebagai pemegang pendaftaran produk vaksin, harus mengemukakan data-data tambahan dan terkini produk vaksin tersebut dari semasa ke semasa, bagi memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatannya sentiasa dikemaskini dan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) vaksin ini kekal positif.
“Kerajaan juga komited untuk memastikan penduduk dewasa Malaysia mencapai imuniti kelompok (herd immunity) selaras dengan sasaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan,” katanya lagi. -The Star
Malaysia beri kelulusan untuk vaksin AstraZeneca buatan Thailand
Baca Artikel Menarik
- Rindu Awak Separuh Nyawa ungguli carta drama 2021, kejutan di minggu akhir
- Ahli politik dakwa diugut penyebaran video, gambar peribadi
- Rihana Oksana Semakin Daring ‘Tayang Body’. Selain DiKecam Ada Juga Netizen Pertahankannya…
- Muhyidin pun sama macam Najib – Mahathir
- Mahathir hantar surat kepada Agong, minta campur tangan keluhan rakyat
- Resepi Kek Lapis Masam Manis Sarawak
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Kisah ‘lockdown’ Awie, Hazama, Elly Mazlein