Lockdown : Lanjutkan diskaun bil elektrik

Lockdown : Lanjutkan diskaun bil elektrik

Dua kumpulan pengguna menggesa potongan dalam bil elektrik pengguna domestik yang berakhir bulan ini dilanjutkan memadangkan penggunaan kadar elektrik dijangka lebih tinggi daripada tempoh biasa susulan pelaksanaan “total lockdown” selama dua minggu bermula Selasa lalu.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, tidak adil diskaun bil elektrik hanya diberikan kepada sektor industri sedangkan pengguna domestik juga “dikurung” seperti sektor yang tidak dibenarkan beroperasi.

Beliau berkata, kerajaan perlu memberi diskaun bil elektrik seperti ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) 1.0, yang disifatkannya lebih ketat, namun kebajikan pelbagai lapisan rakyat lebih terbela.

“Nak kata mereka (sektor industri) terjejas, pengguna pun terjejas teruk kerana terpaksa berada di rumah lebih lama, terutama mereka yang perlu bekerja dari rumah (BDR). Kita pun tak pasti bila ‘lockdown’ ini akan berakhir,” katanya kepada FMT.

Ketika PKP 1.0

Ketika PKP 1.0 pada 18 Mac tahun lalu, kerajaan mengumumkan diskaun bil elektrik menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang memberi manfaat kepada pengguna Tenaga Nasional Berhad, dengan pengurangan bil antara 2% hingga 50% bagi penggunaan elektrik dari 1 April hingga 31 Dis 2020.

Rebat elektrik itu diteruskan lagi menerusi Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (Permai) kepada semua pengguna TNB, domestik dan bukan domestik pada kadar 2 sen setiap kilowatt sejam, iaitu bersamaan penurunan bil elektrik sehingga 9% selama enam bulan mulai 1 Jan hingga 30 Jun ini.

Bagaimanapun, Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) Tambahan yang diumumkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, pada 31 Mei lalu hanya melanjutkan diskaun bil elektrik kepada sektor terjejas, antaranya perhotelan, agensi pelancongan, pusat beli-belah, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan pada kadar 10% selama tiga bulan hingga September ini.

Senada dengan gesaan itu, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader beranggapan kumpulan yang perlu diberi keutamaan dalam diskaun bil elektrik sudah tentu pengguna domestik.

“Sektor yang terjejas sudah pun beroperasi pada kapasiti paling minimum, bagi mereka yang diarah tutup pula, diskaun ini tidak memberi makna besar kepada golongan ini.

“Jika setiap individu atau kumpulan memerlukan diskaun bil elektrik, pengguna domestik adalah di antaranya,” katanya.r -June 3, 2021

Lockdown: TNB beri 9 tip jimat elektrik

Lockdown : Lanjutkan diskaun bil elektrik


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Lakukan sesuatu, semuanya huru-hara, Johari gesa kerajaan bertindak

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker