Antara 3 kluster hari raya. Anda yang mana satu?

Antara 3 kluster hari raya. Anda yang mana satu?

Antara 3 kluster hari raya. Anda yang mana satu?

Ketika khalifah Ali bin Abi Talib r.a. sedang menikmati hidangan di hari raya pertama, Baginda s.a.w. dikunjungi oleh beberapa orang sahabat. Mereka sangat terperanjat, sebab hidangan yang sedang dimakan oleh Baginda s.a.w. hanya daging kering dengan sejenis roti yang bermutu rendah yang biasanya menjadi makanan golongan fakir miskin. Mereka segera bertanya;

“Ya Amirul Mukminin, di hari raya yang jarang kita temui ini, mengapa hanya menikmati makanan ini sahaja?”



Baginda menjawab dengan katanya,

“Hari Raya bukan hanya hari ini sahaja, hari raya adalah hari kejayaan orang mukmin melakukan ketaqwaan kepada Allah. Bila-bila masa seseorang mukmin berjaya melakukan apa yang Allah suruh dan meninggalkan larangan Nya adalah hari raya baginya.”

Dengan Jawapan Baginda tersebut maka sahabat dapat menyedari anggapan mereka yang salah selama ini, kerana mereka biasanya menyediakan hidangan yang istimewa pada hari raya.

Mereka sedar pada hari raya yang lebih penting ialah melahirkan rasa gembira yang didorong oleh rasa kesyukuran kepada Allah, tidaklah semestinya menyediakan hidangan yang sedap-sedap.



Kata-kata Baginda s.a.w. tersebut juga menepati maksud sebuah sajak pujangga Islam yang bermaksud,

“Hari Raya bukanlah untuk mereka yang berpakaian baru, hari raya hanya untuk mereka yang taqwanya bertambah mutu.”

Objektif utama puasa

Objektif utama puasa ialah untuk membentuk sifat taqwa zahir dan batin sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Allah dalam surah al-Baqarah: 183

“Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana yang telah diwajibkan terhadap umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa“



Apabila puasa bulan Ramadan telah ditunaikan, sepatutnya sifat takwa itu telah tercapai. Hari raya adalah merupakan masa untuk meningkatkan lagi sifat takwa tersebut, agar ianya kekal dan sentiasa meningkat ke tahap yang lebih baik.

Hadis Nabi s.a.w. menegaskan bahawa orang mukmin yang sebenar adalah bila mana keadaannya pada hari ini lebih baik dari keadaannya yang semalam.

Sebab itulah Islam telah mengisi sepanjang hari raya dengan berbagai amalan yang boleh membantu tercapainya objektif tersebut, seperti membayar fitrah, bertakbir, bertahmid, bertahlil, mandi sunat, menjamah makanan sebelum solat hari raya, berpakaian terbaik, mengerjakan Solat Aidil Fitri, mengerjakan puasa enam dan sebagainya.

Apabila sifat takwa tersebut terus meningkat, bermakna orang tersebut semakin hampir kepada Allah dan menjadi hamba Nya yang sebenar. Maka tercapailah apa yang dimaksudkan oleh Allah dalam penciptaan manusia. Firman Allah dalam surah al-Zariyat: 56,



“Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali supaya jin dan manusia itu (dapat hikmah sebab ketaatan mereka) menyembah Aku.”


3 kluster hari raya

Jika Imam al-Ghazali membahagikan puasa kepada tiga kluster iaitu puasa orang awam (orang yang hatinya lalai/ghaflah), puasa orang khawas (orang yang hatinya sedar/yaqazah) dan puasa orang khawasul khawas (orang yang hatinya hanya mahukan Allah), maka hari raya juga dapat kita bahagikan kepada tiga kluster tersebut.

Pertama, jika puasa orang awam hanya dapat pengalaman berlapar dan dahaga, maka hari raya bagi orang awam hanyalah dapat merasa suka dan gembira, kerana dapat menjamu selera dengan makanan yang sedap-sedap, berpakaian baru, berkenderaan baru dan sebagainya.

Bagi kluster khawas, tentulah mereka dapat meningkatkan ketakwaan dan kesyukuran yang sebenar, kerana hati mereka telah hidup dan penuh sedar yang menjadikan mereka lebih ikhlas dalam mengisi makna hari raya.



Manakala kluster khawasul khawas pula sudah pasti dapat mencapai makna hari raya sebaik-baiknya kerana apa yang hati mereka mahu hanyalah Allah yang menjadi faktor tercapainya keikhlasan hamba Allah sebenar. Allah berfirman dalam surah az-Zumar: 18,

“Ya Muhammad! Sampaikan berita yang benar lagi mengembirakan hati para hamba Ku. Mereka itu ialah orang-orang yang mendengar pengajaran al-Quran lalu mereka melakukan sebaik-baiknya”

Jika di bulan Ramadan yang lalu kita mampu membaca al-Quran setiap hari, melaksanakan amalan sunat, berzikir, beristighfar, menjaga pertuturan, pandangan dan hati, apakah di pertengahan bulan Syawal ini kita masih kekal istiqomah, atau semakin meningkat ibadah kita atau juga semakin berkurang.

Tepuk dada lihat dan nilailah diri. Semoga kita menjadi hamba yang lebih bertakwa bukan hamba yang lebih terleka. Wallahu a’lam. Utv



Antara 3 kluster hari raya. Anda yang mana satu?


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Benarkah KAFARAH adalah rahmat Allah dan bukan balasan dosa yang dilakukan? Ini penjelasannya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker