Resepi salad kentang, menu sihat dan lazat
Resepi salad kentang, menu sihat dan lazat
Bagi yang sedang berdiet tetapi ingin menikmati juadah yang enak, resepi salad kentang ini wajib anda cuba! Hidangan yang sedap dan mengenyangkan ini sangat mudah untuk disediakan.
Amalkan memakan salad kentang ini sekiranya mahu menghilang berat badan tetapi kalau tak nak diet pun boleh jer makan salad kentang.
BAHAN
5 biji ubi kentang
5 sudu besar mayonis
2 kepingan daging – jika suka
1 biji telur rebus
½ labu bawang besar
Sedikit daun bawang
Sedikit garam dan lada sulah
CARA
1.Ubi kentang direbus, dibuang kulit, kemudian dipotong dadu.
2.Bawang besar dan telur rebus dicincang halus.
3.Kepingan daging lembu digoreng seketika, tuskan dan dicincang halus.
4.Masukkan mayonis, bawang besar dan telur rebus ke dalam ubi kentang.
5.Perasakan garam dan lada sulah. Akhir sekali tabur daun bawang dan daging di atasnya. Dinginkan dan hidang di dalam bekas yang sesuai.
Resepi: Zailani Abd Rahman, Pasir Mas, Kelantan.
Resepi salad kentang, menu sihat dan lazat
Baca Artikel Menari
- Memang keluarga dia ni semua jenis macam ni ke? – Tunku Idris
- Henti beri gambaran indah mengenai kadar vaksinasi negara – Yeo Bee Yin
- Resepi puding sagu pelangi dara
- Total Lockdown: Perbicaraan kes jenayah, sivil secara fizikal perlu ditangguh – Ketua Hakim Negara
- MCO violations: How Neelofa and husband Haris kept drawing police attention
- Mawar Karim dedah WhatsApp – Panas Giler
You must be logged in to post a comment.