Pemeriksaan di SJR, polis akan panggil Khairuddin

Pemeriksaan di SJR, polis akan panggil Khairuddin

Pemeriksaan di SJR, polis akan panggil Khairuddin

PETALING JAYA: Polis akan memanggil Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali untuk mengambil keterangannya berkaitan isu pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) Perasing, Kemaman baru-baru ini.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dev Kumar berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman sedang menyiasat kes itu.

“Kita belum tetapkan tarikh untuk rekod keterangan menteri terbabit,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Sabtu lalu, Khairuddin dalam kenyataan ringkas menafikan tuduhan dirinya ditahan di SJR Perasing dan mempunyai hubungan dengan selebriti wanita.

Beliau mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang didapati menulis, menyiar atau menyebarkan cerita palsu serta tidak benar.

“Segala cerita yang disensasikan kononnya berlaku penahanan di sekatan jalan raya di Perasing, termasuk gosip berkaitan hubungan dengan selebriti wanita adalah tidak benar dan berniat buruk untuk merosakkan reputasi saya,” katanya berdasarkan laporan 29 Mei lalu.

Terdahulu, Sinar Harian memetik polis Terengganu sebagai berkata, Khairuddin diperiksa ketika melalui SJR Perasing di Kemaman pada 16 Mei lalu.

Ketua Polis Terengganu, Roslee Chik dilaporkan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan, termasuk berkaitan dakwaan dan maklumat tular melibatkan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.

“Beliau ada diperiksa ketika melalui SJR itu pada 16 Mei lalu dan USJT Bukit Aman sedang melakukan siasatan berhubung kes ini,” katanya dipetik akhbar itu. FMT

Pemeriksaan di SJR, polis akan panggil Khairuddin


   Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Polis sahkan Khairuddin diperiksa di SJR Perasing

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker