Sinovac dibekal terus kepada swasta, 7 juta dos vaksin



Sebaran :

Sinovac dibekal terus kepada swasta, 7 juta dos vaksin

Sinovac dibekal terus kepada swasta, 7 juta dos vaksin

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi kebenaran kepada Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) untuk membekalkan tujuh juta dos vaksin Sinovac kepada syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kerajaan negeri.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jumlah itu berdasarkan permohonan pihak berkenaan untuk membeli secara terus vaksin Sinovac daripada Pharmaniaga.



Jumlah dos vaksin yang dimohon itu akan dibekalkan kepada syarikat swasta, GLC dan kerajaan negeri secepat mungkin, sekali gus bakal mempercepatkan usaha mencapai imuniti kelompok terhadap COVID-19.

“Setakat hari ini, kita menerima permohonan daripada syarikat swasta, GLC dan kerajaan negeri untuk membeli tujuh juta dos vaksin daripada Pharmaniaga, iaitu empat juta dos daripada pihak swasta dan GLC serta tiga juta dos daripada kerajaan negeri.

“Setakat hari ini, kilang Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (PLS) mampu mengeluarkan 500,000 dos seminggu atau dua juta dos sebulan vaksin Sinovac ‘fill and finish’.



“Jika keperluan dan permintaan meningkat, kilang ini mampu meningkatkan pengeluaran kepada sejuta dos seminggu atau empat juta dos sebulan pada Ogos nanti, sekali gus sedia membantu kerajaan mempercepatkan pemberian vaksin kepada rakyat,” katanya pada sidang media secara maya hari ini.

Terdahulu beliau dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba melawat Kilang Berteknologi Tinggi Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd di Taman Perindustrian Puchong Utama di sini. BH

Sinovac dibekal terus kepada swasta, 7 juta dos vaksin


   Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


KJ jangan ‘syok sendiri’, bekalkan vaksin kepada sektor swasta di Sabah, kata Bung


Sebaran :


Leave a Reply