Mati Mendadak
Mati Mendadak
Kematian mendadak, kematian secara tiba-tiba atau kematian mengejut seperti mati akibat kemalangan atau mati kerana serangan jantung atau mati kerana tiada sebab apa pun, merupakan salah satu tanda-tanda kiamat kecil.
Nabi ﷺ bersabda,
إِنَّ مِنْ أَمَارَاتِ السَّاعَةِ …أَنْ يَظْهَرَ مَوْتُ الْفَجْأَةِ
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda hari kiamat adalah… munculnya kematian mendadak.” [HR. Thabarani, Dhiya’ al-Maqdisi; dihasankan oleh Syaikh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’, no. 5775].
Berapa ramai yang tubuh badannya sihat, tiada penyakit kritikal tetapi mati ketika sedang bersukan, mati ketika ke tempat kerja, mati ketika sedang makan.
Namun, walaupun mati mendadak merupakan tanda-tanda kiamat, ia juga adalah perkara yang baik bagi seorang mukmin.
Kematian mendadak adalah istirehat
Dari Aisyah Nabi ﷺ bersabda,
موت الفجأة راحة للمؤمن وأخذة أسف للكافر
“Kematian mendadak adalah istirehat bagi mukmin dan penyesalan bagi orang kafir.” [HR. Ahmad dan Ibnu Syaibah dalam Mushannafnya].
Syaikh Abdul Aziz bin Baz رحمه الله berkata,
جاء في بعض الأحاديث ما يدل على أن موت الفجأة يكثر في آخر الزمان، وهو أخذة غضب للفاجر، وراحة للمؤمن، فقد يصاب المؤمن بموت الفجأة بسكتة أو غيرها ويكون راحة له ونعمة من الله عليه؛ لكونه قد استعد واستقام وتهيأ للموت واجتهد في الخير فيؤخذ فجأة وهو على حال طيبة على خير وعمل صالح، فيستريح من كرب الموت وتعب الموت ومشاق الموت، وقد يكون بالنسبة إلى الفاجر قد يقع هذا بالنسبة إلى الفجار وتكون تلك الأخذة أخذة غضب عليهم، فوجؤوا على شر حال.
“Pada sebahagian hadis terdapat dalil mengenai kematian mendadak yang akan banyak berlaku pada akhir zaman iaitu penyesalan bagi orang fajir dan istirehat bagi orang mukmin.
Terkadang seorang mukmin tertimpa dengan kematian mendadak. Ini adalah bentuk istirehat dan kenikmatan dari Allah.
Akan tetapi tentu sahaja (sekiranya, -pent) dia sudah menyiapkan (amal soleh, -pent), istiqamah dan bersiap menghadapi kematian dan bersungguh-sungguh dalam kebaikan, kemudian dia meninggal dalam keadaan baik dan melakukan amal soleh, maka dia istirehat dari beban dunia, kelelahan dan penderitaan sakaratul maut.
Meninggal mendadak dalam keadaan buruk
Terkadang juga menimpa orang fajir, maka ini menjadi penyesalan baginya, meninggal mendadak dalam keadaan buruk.” [Sumber: http://www.binbaz.org.sa/mat/18136]
Kematian mendadak adalah sesuatu yang baik jika seseorang itu mengamalkan Islam dalam kehidupannya sehingga dia telah bersedia untuk mati bila-bila masa sahaja.
Mungkin dengan mati yang mendadak seseorang itu terhalang dari menderita sakit yang berpanjangan yang terkadang boleh melemahkan imannya sehingga berkeluh kesah atau berikhtiar berubat dengan kaedah yang tidak syarie.
Imam al-Nawawi رحمه الله berkata,
“Kematian mengejut itu disukai oleh para muqarrabin (mereka yang sentiasa menjaga amal kebaikan kerana merasa diawasi oleh Allah).” [Fath al-Bari 3/245].
Namun awas, kematian mendadak juga boleh jadi penyesalan kepada seseorang sekiranya tidak sempat bertaubat dari pelbagai dosa, tidak sempat membayar hutang atau lebih parah jika tidak sempat memeluk Islam.
Boleh jadi juga Allah تعال telah murka kepadanya dengan membuatnya mati mendadak dalam keadaan tidak sempat bertaubat.
Ali al-Qari رحمه الله berkata,
“Iaitu, kematian mendadak merupakan kesan dari kesan kemurkaan Allah, sehingga Allah عز و جل tidak membiarkannya bersiap untuk akhiratnya dengan taubat dan dengan mempersiapkan bekal akhirat, dan Allah عز و جل tidak memberikannya sakit yang boleh menjadi penghapus dosa-dosanya.” [‘Aunul Ma’bud, 8/260].
Kredit:
1. muslim.or.id
2. almanhaj.or.id
3. pengusahamuslim.com
Mati Mendadak
Baca Artikel Menari
- Migrant crackdown will worsen health crisis, say activists
- Don’t play with autonomy on MCO rules, says Sarawak DAP
- Tak daftar masuk tempat kerja – dikompaun RM7500
- Vaksinasi AstraZeneca: Waktu janji temu di WTCKL, IDCC esok dijadual semula
- Warga Emas Ditemui Mati, Mayat Dimakan Kucing Peliharaannya
- [VIDEO] Polis Tangkap Suspek Tendang Tiga Pelanggan Di Kedai Serbaneka
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.