[VIDEO] Bijak Ke Gila? Wanita Ini Balas Dendam Untuk Bangkitkan Cemburu Bekas Kekasih

Berlin: Gara-gara mahu menimbulkan rasa cemburu bekas teman lelakinya, wanita di Jerman ini sanggup mengadakan majlis perkahwinan olok-olok.

Sarah Vilard, 24, memakai gaun labuh berwarna putih berjalan sambil memimpin tangan pengantin lelaki upahan sebelum memuat naik video di TikTok yang meraih lebih 1.8 juta tontonan dan ribuan komen.

https://www.tiktok.com/@sarahvilard/video/6961429477393976581?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6900728444838462978



Dia yang menetap di Frankfurt itu berpisah dengan bekas teman lelakinya pada 2019 sebelum membuat rancangan berkenaan bersama rakannya.

Sarah sanggup menyewa Villa Kennedy dan mengajak rakannya menjadi pengiring sebelum memuat naik gambar di Instagram untuk membuat bekas pasangannya itu cemburu.

“Saya puas hati sebab dia ‘naik gila’ tengok gambar di Instagram.

“Dia mesej saya sehari selepas itu dan marah kerana menyangka saya menipunya ketika kami masih bersama.

“Dia juga datang ke rumah untuk bercakap dengan saya, namun saya tidak berminat berjumpanya,” kata Vilard kepada Jam Press.

Katanya, dia menyekat akaun media sosial lelaki itu dan ‘membuangnya’ terus dalam kehidupannya sebagai satu bentuk pengajaran.



Perkongsian Vilard di media sosial itu meraih pelbagai reaksi termasuk ada yang mengecam tindakannya sebagai seorang psiko.

Namun, wanita itu tidak peduli dengan sebarang pandangan negatif terhadapnya kerana apa yang dilakukannya membuahkan hasil.

“Sekarang saya bujang dan saya sangat gembira. Selepas ini saya boleh fokus pada diri sendiri saja,” katanya dalam portal New York Post.



Perkahwinan dibatalkan hanya kerana pengantin lelaki gagal hafal sifir dua

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker