Perkahwinan dibatalkan hanya kerana pengantin lelaki gagal hafal sifir dua — MYKMU.NET

Perkahwinan dibatalkan hanya kerana pengantin lelaki gagal hafal sifir dua

Sebaran :

TIDAK ramai terfikir mereka perlu mengambil ujian matematik pada hari perkahwinan mereka.

Namun seorang bakal pengantin lelaki dipaksa lakukan demikian sebaik tiba di rumah pengantin perempuan.

Memetik laporan itu, pengantin lelaki berkenaan telah tiba di dewan perkahwinan bersama ‘baraat’ atau rombongan pihak lelaki.

Namun, pengantin perempuan yang ragu-ragu dengan kelayakan akademik bakal suami, meminta pengantin lelaki menyebut sifir dua sebelum kalungan bunga dapat ditukarkan.

Pertukaran kalungan bunga adalah tanda bermulanya upacara perkahwinan.

Sebelum ini, pengantin perempuan mengesyaki keluarga pihak lelaki telah menipu berkenaan tahap pendidikan pengantin lelaki.

Selepas pengantin lelaki gagal dalam ujiannya, pengantin perempuan terus bangun dan meninggalkan dewan perkahwinan tersebut, lapor Times Now News.

Media tempatan melaporkan ahli keluarga pengantin perempuan cuba memujuknya tidak berbuat demikian namun dia bertegas dia tidak akan mengahwini lelaki yang tidak tahu asas matematik.

“Keluarga pengantin lelaki tidak memberitahu kami dengan tepat tentang tahap pendidikannya. Mungkin juga dia tidak pernah ke sekolah,” kata sepupu pengantin perempuan kepada Tribune India.

Perkahwinan tersebut telah diatur oleh kedua-dua keluarga dan bukan atas permintaan pengantin perempuan mahupun pengantin lelaki.

Selepas insiden berkenaan, kedua-dua keluarga mencapai kata sepakat dan bersetuju untuk memulangkan segala hadiah perkahwinan.


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: