Zafrul Jawab Najib

Pinjaman kerajaan setakat Mei adalah sekitar RM99.3 bilion, bukan RM115.53 bilion

Kerajaan tidak pernah menggunakan Ordinan Darurat untuk meningkatkan atau menambah perbelanjaan melebihi had siling yang telah diluluskan Parlimen pada Ogos 2020, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata pinjaman kerajaan sehingga April 2021 berjumlah RM81.8 bilion, manakala setakat Mei adalah sekitar RM99.3 bilion, bukan RM115.53 bilion seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Najib Razak jawab Tengku Zafrul : Isu Hutang Negara

“Kesemua pinjaman kerajaan adalah berdasarkan perbelanjaan yang diluluskan di Parlimen sewaktu pembentangan Belanjawan 2021,” katanya menerusi hantaran video di laman Facebooknya hari ini.

Menerusi video itu, Tengku Zafrul menjawab pelbagai dakwaan tidak berasas bahawa negara telah meminjam RM115.53 bilion sehingga Mei 2021 untuk berbelanja tanpa kawalan selain operasi pinjaman dan perbelanjaan kerajaan yang didakwa tidak telus hanya kerana tempoh darurat.

Menyentuh pinjaman yang dibuat oleh Petronas dan Khazanah Nasional Bhd, Tengku Zafrul berkata ia merupakan keperluan modal dan aliran tunai syarikat terbabit.

“Itu hutang mereka, bukan hutang kerajaan Persekutuan,” katanya.

PKP : Najib ajar kerajaan cara buat perbelanjaan

Beliau turut menjelaskan, kerajaan yang ada pada masa ini tidak membuat pinjaman di luar belanjawan tahunan atau ‘off-balance sheet’, tidak seperti kerajaan terdahulu, apabila hutang kerajaan Persekutuan meningkat lebih 120 peratus manakala jumlah jaminan kerajaan meningkat lebih 240 peratus bagi tempoh 2008 hingga 2017.

Berkenaan hutang legasi 1Malaysia Development Bhd (1MDB), SRC International Sdn Bhd (SRC) dan Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER) berjumlah lebih RM40 bilion, Tengku Zafrul berkata RM15.5 bilion hutang 1MDB dan SRC sudah dibayar oleh kerajaan setakat ini.

Bagaimanapun, katanya, masih ada baki hutang merangkumi prinsipal dan faedah berjumlah lebih RM42.3 bilion.

“Bayangkan, jika jumlah hampir RM58 bilion ini dapat digunakan, berapa ramai rakyat kita dapat dibantu semasa pandemik ini?

“Bukan hendak mengungkit, tetapi isu ini amat relevan dengan isu hutang negara dan kemampuan fiskal kerajaan untuk membantu rakyat,” katanya. – Bernama

Pinjam hampir RM 100b dalam tempoh 5 bulan kira tak banyak ke – tanya Najib

Tajuddin dipecat dari jawatan Pengerusi Prasarana

Kerajaan tak guna Ordinan Darurat tambah perbelanjaan lebihi had siling


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kemalangan LRT: Pengerusi Prasarana Dikecam

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker