Urus jenazah, 16 sekeluarga, pengurus pengebumian dikompaun

Urus jenazah, 16 sekeluarga, pengurus pengebumian dikompaun

Urus jenazah, 16 sekeluarga, pengurus pengebumian dikompaun

JOHOR BAHRU: Seramai 16 ahli keluarga dan seorang pengurus sebuah tempat pengebumian di Jalan Sungai Tiram, Ulu Tiram di sini dikompaun kerana melakukan upacara pengurusan jenazah yang melanggari SOP kerana melebihi jumlah individu yang dibenarkan

Ketua Polis Daerah Seri Alam Mohd Sohaimi Ishak berkata ahli keluarga terdiri daripada 10 lelaki dan enam wanita tempatan berusia 18 hingga 86 tahun itu dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) pada kira-kira 11 pagi hasil aduan orang awam.

Hannah Yeoh bangkit persoal pemecatan Tajuddin

“Kita terima aduan yang mengatakan bahawa terdapat ramai orang berkumpul di tempat pengebumian tersebut. Hasil pemeriksaan, kita dapati mereka tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana bilangan kehadiran ahli keluarga yang dibenarkan adalah tidak melebihi 10 orang sahaja,” menurutnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata setiap ahli keluarga terbabit dikompaun sebanyak RM2,000 manakala pengurus lelaki berusia 51 tahun itu dikompaun RM10,000 mengikut Peraturan 16 Akta Pencegahan dan Kawalan Peraturan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Kawasan Tempatan yang Dijangkiti) 2021.

MKN menetapkan SOP bilangan kehadiran ahli keluarga tidak melebihi 10 orang dan ini tidak termasuk Ahli Jawatankuasa Tanah Perkuburan atau Krematorium semasa pelaksanaan PKP.

Tajuddin dipecat dari jawatan Pengerusi Prasarana

Urus jenazah, 16 sekeluarga, pengurus pengebumian dikompaun


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kemalangan LRT: Pengerusi Prasarana Dikecam

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker