Resepi Kek Batik Marie Dengan Topping Coklat Ganache
Resepi Kek Batik Marie Dengan Topping Coklat Ganache
Masa Penyediaan: 15 minit,
Masa Memasak:10 minit,
Jumlah Hidangan:9×9 inci kek batik
Kek Batik Marie Coklat Ganache yang sedap, dan cantik permukaannya. Siapa tak suka makan kek batik kan?
Paling mudah disediakan, tapi kalau tak kena resepi dan caranya, kita tak akan dapat hasil seperti yang diinginkan..boleh jadi keras, atau terlalu lembik. Yg ni hasilnya sedang elok je.
Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk kek batik:
2 pek/ 540-600g biskut marie
1 ketul / 200g butter (unsalted/salted)
½ cawan / 153g susu pekat
½ cawan / 50g serbuk koko
1 cawan / 120g serbuk milo
½ cawan / 118 ml air panas
½ sudu kecil garam (kalau guna unsalted butter)
1 biji telur
1 sudu kecil ekstrak/esen vanila
Bahan-bahan untuk topping coklat ganache:
200ml /200g whipping cream
200g dark chocolate
1 sudu kecil ekstrak/esen vanila
1 sudu besar butter
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk kek batik:
Patah-patahkan biskut marie.
Panaskan butter sehingga cair kemudian masukkan susu pekat, serbuk koko dan serbuk milo. Kacau sampai tak berketul.
Masukka air panas, garam (kalau guna unsalted butter), telur dan esen vanila.
Kacai sampai halus licin.
Tuang biskut maire yg dipatahkan tadi sikit demi sedikit.
Tuang ke dalam loyang yang dah dilapik kertas baking atau plastik. Ratakan dan tekan rapat. Sejukkan dalam peti ais sementara sediakan coklat ganache.
Cara-cara untuk topping coklat ganache:
Panaskan whipping cream dalam periuk, boleh guna api atau microwave.
Setelah panas tuang whipping cream ke atas dark chocolate yang sudah dicincang kasar.
Masukkan esen vanila dan butter. Kacau sampai sebatu, tidak berketul dan licin.
Terus tuang atas permukaan kek batik tadi.
Tips:
Masak kesemua bahan guna api perlahan je.
Gaulkan biskut marie sedikit demi sedikit supaya senang nak sebati.
Tunggu sekejap 2-3 minit sehingga biskut lembut sikit baru tuang dalam loyang.
Kalau boleh guna coklat berkualiti tinggi supaya rasa kek batik lebih sedap.
Resepi Che Nom
Baca Artikel Menari
- Resepi ayam goreng berempah dan kuah nasi kukus
- Turun lawat, tengok sendiri sekolah pedalaman jalani PdPR, kata Puad
- PKP : Najib ajar kerajaan cara buat perbelanjaan
- Selepas #kerajaangagal keluar pula #kerajaanbodoh
- [VIDEO] Nasi di Kedah sedap, antara alasan rentas negeri guna lorong tikus
Layari Laman Facebook MYKMU NET