Resepi Sotong Phat Phet Thai Viral

Resepi Sotong Phat Phet Thai Viral
RESEPI SOTONG PHAT PHET THAI

Masakan 2 Dalam 1 ( Lauk Dan Sayur )

Apa yang penting dalam masakan ini adalah AROMA, KEPEDASAN & KESEDAPAN yang membuatkan rasa mahu memakan lagi pada setiap suapan .

Bahan-bahan

500gram sotong (dicuci bersih)
4 batang kacang panjang (dipotong serong)
5 batang cili padi merah (dipotong)
1 labu bawang merah (dipotong)
1 batang serai (dihiris)
4 helai daun limau purut
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil belacan@fine shrimps sauce
2 sudu besar sos ikan
½ sudu kecil serbuk perasa
Garam (jika perlu)
Serbuk kunyit (hujung sudu kecil)

BAHAN KISAR

4 batang cili merah
4 batang cili hijau
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit air

CARA MEMASAK

1) Panaskan minyak , tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak .

2) Apabila sudah kering , masukkan sotong yang telah dicuci bersih.

3) Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering .

4) Kemudian , masukkan lada hitam , serbuk kunyit , belacan , serbuk perasa dan sos ikan . Gaul rata .

5) Akhir sekali , masukkan cili padi , serai , daun limau purut , bawang dan kacang panjang . Masakan seketika dan tutup api .

Dah siap jom makan.

Resepi Nurul Ateekah

Resepi Sotong Phat Phet Thai Viral


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

Resepi Sotong Masak Hitam Mamak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker